sepatsiam
Active+ Member
- Messages
- 3,848
- Joined
- Feb 28, 2011
- Messages
- 3,848
- Reaction score
- 58
- Points
- 30
si A tu mulut manis dengan romantik ke?
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Assalamualaikum kalian,
First thing, aku adalah seorang perempuan yang pada ketika ini sangat buntu dan keliru dengan perasaan dan apa yang patut aku buat untuk hidup aku. Aku dilemma antara 2 lelaki..
aku bercinta dengan A dh 5 tahun.Aku akui aku amat2 syg A. Dah 5 tahun, haruslah banyak kenangan aku dan A.Manis mahupun pahit.Sejak aku mengenali A memang dia pasang niat untuk jadikan aku isteri dia. Setiap kali member dia nak kahwin je ingin, si A akan bantu untuk sponsor kenduri member2 dia.Dengan harapan bila hari perkahwinan kami nanti member dia sponsor in return. Kurangkan la skit beban tu. si A adalah lelaki yang aku kenal tak pernah langsung ada ego dalam diri dia dengan aku.Dia kongsikan segala2nya dengan aku. Banyak kenangan yang aku cipta dengan dia. Tapi si A ni selalu 'kantoi' dengan aku.Kantoi di fb memang banyak kali.Kantoi di YM.Kantoi kat fb msg.Kantoi dalam msg phone.Kantoi kluar dengan perempuan lain. Disebabkan kantoi2 ni aku hilang percaya kat dia sedikit demi sedikit, tapi aku masih sayangkan dia.Satu hari tu, aku tergerak hati untuk cek phone dia. Hancur luluh hati aku time tu.Teduduk sambil menangis2. Aku off phone aku buat seketika. Dia pujuk aku.Dia cakap tu customer dia. Tu cara dia melayan customer untuk pastikan customer setia dengan diorang. Layan mesra2 "i miss u" sambil buat emoji muka sedih. Perlaburan untuk pastikan customer suka dengan service dorang. Customer mostly adalah pelancong negara asing. Setelah kejadian tu, aku dah hilang percaya.Aku buang semua gambar, hadiah, apa2 sahaja dari dia. Dia masih pujuk aku untuk beri peluang kedua. Aku mengalah sebab aku terlalu sygkan dia. Ini last peluang aku bagi kat dia. 4 bulan selepas itu, kantoi dia keluar dengan perempuan lain,Dia yang bagitau aku sendiri sebab dia nak jujur dengan aku.Terus aku ambil keputusan untuk tinggalkan dia walaupon time tu perasaan sayang aku kat si A amat2 lah dalam.Ye lah dah aku ckp peluang last time dia kantoi phone tu je. Dia dan perempuan tu dah x contact lagi lepas aku tinggalkan dia. Si A merayu2 sehingga ke saat ini untuk bagi dia peluang kedua. Tapi aku buat x tau je, konon2 aku dah move on Berapa peluang aku nak kena bagi ni.Setiap kali ada je hal jadik. Tapi aku buat x tau je, konon2 aku dah move on.
Dalam aku sedih dengan tindakan si A, aku kenal si B melalui kawan aku. Mula2 kenal, si B dia mcm x berapa berminat. Lepas tu kitorang lost contact selama 3 bulan kerana ego si B.Hanya kerana aku tak balas whatsapp dia. Disebabkan aku sunyi tiada peneman, aku contact semula si B. Si B bagi reaksi positif. Dia minta maaf sbb ego, dia delete no aku dari hp dia. Dalam masa sebulan/2 bulan selepas lost contact si B ajak berjumpa untuk pertama kali, dan si B akui dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Pada pertemuan kali pertama ni, si B dah ajak aku kahwin, dia btol2 series dengan aku. Aku pon bagi reaksi positif sebab mengenangkan si B ni suka aku dan baik. Tapi si B ego dia memang menggunung membuatkan kadang2 aku terkenangkan si A. Bila dah suka sama suka, si B pon ajak ke fasa yang seterusnya. Jumpa family untuk bincang2, iaitu hujung bulan 4 ini. Si B sekufu dengan aku dari segi pendidikan manakala si A jauh taraf pendidikan nk compare dengan aku.
Masalah timbul bila abang aku beritahu si A akan perihal aku nak ke fasa seterusnya. A msg aku tanya akan perihal tersebut, sebelum ni kalau A msg atau call aku memang aku buat tak tahu.Tapi kali ni aku tergerak untuk balas msg si A. A mula ceritakan apa yang berlaku dulu. Dia terlalu sygkan aku, aku tak bagi langsung peluang untuk dia betulkan kesalahan n ceritakan apa yg berlaku. Dan aku akui aku amat sayangkan si A hingga saat ini. Rupanya aku x move on pon. Aku jadikan si B sebagai rebounder guy ke ape? Aku sendiri pon konfius and buntu. Kenangan aku dengan si A mula muncul sikit demi sikit. Mak aku x suka si A ni, sebab pekerjaan dia yang x berapa nk stabil dan jugak taraf pendidikan kami yang jauh. Dengan si B, mak aku memang bagi persetujuan.
Apa yang perlu aku buat, aku terlalu sayangkan si A dan dalam masa yang sama aku tak nak hancurkan hati si B. Masa aku dah terlalu suntuk. Aku dah buat istikharah tapi tak nampak apa2 petanda lagi. Sekarang aku nak buat istisyarah dengan kalian plak. Aku harap korang dapat bantu aku. Aku buntu
aku newbie.baru terjebak dalam forum ni sebab aku dah x tau nk tanya sapa lgi dah. aku x cerita hal yang sebenarnya kat fmily aku.cumanya aku cakap aku x ready.
jgnkan shapey..aku pun xphm..jilake...![]()
klu dah B dapat restu org tua..ikut jer..inn sya Allah berkat...org cakap..
sambil2 tu amik panadol 2biji setiap 6jam utk ilangkan pening...
Moga akhir april nt..akan bahgia ke ahkir hayat dan ke firdausi..
Aku rasa mungkin aku dah makan garam sket kot... So berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yg ada, adalah lebih baik ko pilih org yg menyayangi ko daripada org yg ko sayang. Think wisely ok. This time, use your brain not your emotion.![]()
tu la B ckp kat aku..istikharah ni x semestinya petunjuk melalui mimpi saja, kalau parents bg jalan mudah itu pon dh salah satu ptunjuk.
insyaAllah, amin..tq jumanjimd..may the same thing goes to u.
pilih mister b...hehee...yg curang ni mulut manis sikit..xyh caye..kikiki
A. belum kawin dah buat perangai macam2. dah kawin, perut ko besor nanti, beranak, berpantang konfem datang balik perangai dia tu.
so pilih lah si B.
si A tu mulut manis dengan romantik ke?
cari suami yang leh bawak ke akhirat...takat sayang ajer tak dak makna..esk lusa kedut..yang penting negara akhirat yang abadi