Part 3
adoi, bab ni yang aku letih skit nak jelaskan lagi skali ni. da bg pencerahan kat thread montello.fx yg da close tu.takpela pelan pelan ye. berikut adalah cerita tentang trade tarikh 13 may 2011. mari kita tgk apa dia nak kona kona lagi. SS sebanyak 4 page di sertakan sekali untuk rujukan samada logik atau tidak jawapan bela diri dari montello ni...
PERSOALAN ISU 1 (Deposit 10 USD, bonus 2.5 USD)- bonus 25%
Saya trade dalam masa 5 jam dari awal pagi 6.00 (untuk menoreh) yang diselangi waktu tertentu (Waktu Trending EUR). Untuk makluman anda, akaun tersebut adalah akaun mini broker ExN@@@ dimana saya suka kepada pair EURJPYm. Pada mulanya saya memasuki pasaran dengan nilai lot 0.01. Open position setiap kali adalah sebanyak 0.01 x 10 lapis = 1 usd/1pip. 100% margin digunakan setiap kali open position kerana saya yakin dan kenal dengan dengan indikator.
Kat sini da nampak da pecah tembelang. macam mana kau bole bukak post 0.01 X 10 lapis dgn berbekalkan 10 usd + 2.5 usd = 12.5 usd? akaun mini broker ke apa ke ko tak payah nak tipu lagi la... aku benci sangat2 org yg xnak ngaku salah ni. lagi2 nak kona sana sini. kencing da tempias kiri kanan.
Rujuk link ini untuk jawapan ----->
http://www.carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=9578550&postcount=4135
Terang terang da kata... 0.01 untuk pair EJ leverage 1:1000 margin used is 1.42 dollar atau 1.41 dollar. So now? Camne ko leh bukak 10 post 0.01 dgn modal 12.5 dollar? kau nak aku kirakan ke? margin used for 1 post 0.01 X 10 = ?? cukup tak modal kau time tu? YOU ARE BUSTED! ini baru satu penipuan kau. check balik SS kat atas page 1. kalau perhati betul2, bukan 10 post mangkaq ni bukak tapi
20 post!!!!
Kat sini aku da dapat detect something fishy :-? maka konklusi awal terlintas bahawa SS ni da di sunting. aku suspek mamat ni saje depo initial 10 dollar. lepas dia da printscreen untuk jadi bukti SS , dia depo lagi 74 dollar (dia da ngaku kemudian). tapi masalah nya, dia bukan depo 74 dollar untuk cover lot gajah! awal2 lagi dia da plan baik punyer kawan2... ni taktik kotor muslihat dia... ni la jawapan kepada mcm mana dia leh bukak 20 post serentak... timing dekat2 semua tu. bukan hit and run TP lagi.. tapi 20 post di open dan tergantung pada waktu yg sama (kira together gether float).
sedikit pencerahan untuk org yang tak paham tentang pip yg montello maksudkan. dia ni tak reti explain. kesian kat dia. aku tolong explain kan. faham tak ni? 0.01 x 10 lapis = 1 usd/1pip
dia trade di broker exness. 5 digit. 0.01 untuk 1 pip di exness ialah 1 sen sebenarnya. mamat ni tak kira digit terakhir sebagai 1 pip. dia amik digit 2nd/puluh . contoh 114.561 - 114.571. kalau aku, aku akan kata ni 10 pip. so kalau bukak 0.01 = 1 pip 1 cent ler. tapi montello kata 0.01 = 1 pip 10 cent. sebab dia kira angka puluh sebagai 1 pip.so bagi dia 114.561 - 114.571 beza adalah 1 pip. betui2 confusing mamat ni. kalau tak tau tanya ler kat thread exness ke.jgn mandai2. student salah paham naya je. dah jadi macam cikgu silap enter lot. jadi, 0.01 X 10 lapis =1 usd/1 pip , 0.01 untuk 1 lapis ialah 10 cent/pip. kalau 10 lapis? total jadi 1 dollar/pip mcm dia kata tu la.... confuse kan? hehe. pasni montello boleh revise balik bab ni untuk ajar student baru.
Apabila akaun tersebut telah berkembang menjadi 250 usd, saya open position dengan 0.05 lot x 10 lapis =5usd/1pip. Saya mendapat setup cantik, tetapi malang tidak berbau, mimpi tidak selalu indah, saya TERSILAP masuk 0.10 x 10 lapis = 10usd/1pip. Keputusan telah silap kerana TERSALAH masukkan angka 0.01 dengan 0.10 dengan menggunakan script open buy EJ. Sebenarnya hendak masuk 0.01 lot. Harga telah turun dengan mendadak,Sustaining power yang saya ada pada masa itu boleh menampung sehingga 20 pip shj sblm MC dan dalam masa yang sama floting -70 usd. saya membuat keputusan untuk menambah deposit sebanyak 74 usd untuk cover sustaining power (margin).
Aku da jelik dgn penipuan kau montello. lepas satu satu

dia kata akaun da berkembang 250 usd kan? pastu bukak 0.05 X 10 lapis kan? ok aku da kira total profit dia dari awal sampai sebelum dia bukak lot 0.05 (nk buktikan dia ni kaki belit). dia kata total da grow 250 usd kan? kalau betul kiraan aku, kesemua lot 0.01 dia bukak total profit is
44.89 USD campur dgn modal 10 usd + 2.5 bonus?? bukan
57.39 USD? mai mana sampai boleh grow 250 usd? STOP IT la.. jgn per*****kan kami lagi... ngaku je la awal2 lagi ko da depo... jgn bagi alasan ba wau dal wau ha, SILAP bukak lot 0.10 X 10 lapis... benci nyer aku... nasib aku rajin kira popit dia. kikiki

mesti ko tak sangka kan ada org yg sangat prihatin tentang akaun statement kau ni?
Rezeki saya masih ada, dapat profit dari kesalahan open position 0.10 x 10 lapis tersebut.
Keputusan yang tepat, pada masa yang tepat perlu dilakukan, kerana kesilapan memasukkan angka 0.01 kepada 0.10 x 10 lapis. Disini saya mementingkan high value, at the right time and value for money.
(ba wau ta wau ha) pak hang. sembang kemaih...
Jika saya ingin menipu TT, mengapa saya tidak menutup (edit) bonus 25% yang telah saya withdrawal. Saudara TT, jika anda bijak matematik, anda mesti tahu berapa deposit telah saya masuk. Secara logik dan fakta, bonus 25% x 10 usd deposit = 2.5 USD. So, bila saya withdrawal 300 USD sepatutnya perlu ditolak 25% = 75USD. Tetapi dalam hal ini, jumlah yang ditolak semasa withdrawal 300 usd adalah 21.09 usd sahaja. (bijak matematik= fill in the blank ___x25%=21.09 usd.
oit lidah belit, kenapa kau tak cakap "jika saya tak tipu TT, mengapa saya tutup thread saya dan hapuskan semua bukti?"
kau tak tutup bonus 25% time withdrawal sebab kau lupa... kau kan nyanyuk... oi mangkuk, siapa ajar ko withdrawal 300 usd kena tolak 25% bonus sebanyak 75 usd? bijak matematik kalau tak tahu terms and regulation pun tak guna jugak. 25% tu bonus. bukan komisen. yg ko nak deduct dari withdrawal buat apa? deduct la dari initial deposit... atau dalam kes ni (tak ngaku depo 2 kali) TOTAL deposit...
ooo pandai kau ek ajak aku bermatematik plak ek. ok aku terima. untuk dapatkan 100% = 25% X 4. jadi dari jumlah bonus kena tolak ni kita X dgn 4 untuk dapat tahu berapa total deposit dia yg sebenar. 21.09 X 4 =
84.36 tolak 10 dollar 1st depo sama dgn 74 dollar 36 cent. 36 cent tu mai mana? ko depo jugak ke? atau
SWAP??? walaupun aku takda master dalam akauntan..tapi stakat kira2 ni boleh lagi kot..
Dan kalau tak silap aku la, aku kira total entry post berdasarkan SS di atas ialah 111 trade je. sedangkan account summary menunjukkan ada 118 total trade. mana pegi lagi 7? sunting jugak ke??? kot bahagian loss ke kan... nk tunjuk profit je
kalau kau masih lagi berdegil nak tunjuk pandai dan ego kat sini, aku akan dedah kan teori SWAP plak tentang SS kau lepas ni... jawapan kepada mengapa SS dia price bertindan tindan. sedikit preview, SS kat bawah ni.