Part 2
Saudara AZRY HARRY BIN AMIR, aka ikarxy, aka [V]endetta, aka TT,
Kedatangan anda tidak saya undang, pemergian anda memang saya tendang, pembayaran anda telah saya lunaskan.
Untuk makluman anda semua, saya telah dihubungi oleh TT untuk tujuan pembelajaran, saya sedia menerima dengan bayaran RM200 sebagai fees serta tabung kebajikan.
Tetapi TT telah merayu dengan permohonan untuk bayaran RM100 dahulu dan balance selepas mendapat profit kerana katanya dia tidak mempunyai wang pada masa sekarang serta sedang mencari pekerjaan.
Saya terima kerana niat dihati untuk membantu sesama kita membina ekonomi yang sihat.
Saya telah dimaklumkan oleh beliau, yang beliau juga menggunakan sistem yang dibangunkan oleh SSMS dan menyalahkan SSMS kerana trade basket yang menyebabkan beliau banyak kerugian.
Yang highlight merah di atas tu adalah fitnah yang terang nyata dari beliau. Bila aku merayu kat kau? ada bukti? black and white? rakaman perbualan? SMS? Aku ada simpan lagi.
ni aku sertakan SS dari conversation Skype antara kau dan aku. bukan kau sorang je save conversation. syukur aku tak delete lagi. sebab naluri hati aku kata jangan delete... rupanya ada hikmah...
Jadi kronologi di sini bermula dgn aku hantar email kat dia kata nak join. tak berbalas. kemudian add dia di skype. pastu bila da kompom nak bayar ,ada sms dgn dia. and then , call through skype. thats all. SMS masih di simpan. Skpe history A - Z pun ada dgn skype room dia nyer conversation pun ada. Apa yang penting, takda pun seperti yang didakwa oleh montello.fx kononnya aku merayu sebab takda duit nak join dan mintak bayar dua kali. takda duit, masih mencari kerja... itu semua dusta... rekod semua ada. cuma calling through skype je takda rekod. kalau call pakai mobile, boleh ke centre untuk request recording data. tapi takpa la, takda pape yg penting pun dalam call skype tu untuk jadi isu. cuma yg kes DEPO 10 usd dengan dia je BOLEH. org lain tak boleh depo 10 usd. minimum 100 usd untuk broker exness. lawak betul...
aku benci org hipokrit ni. pasal SSMS tu pun dia nak POINT OUT... takda kena mengena pun dgn kes ni. saje la tu nak bukak kes lain, nampak kat org SSMS ni, sure marah dorang. maklum la org desperate dah takda point nak bela diri... gunakan la apa yg boleh untuk mengaibkan org lain plak untuk alih tumpuan orang ramai.. agar dia leh terlepas...
Kepada ahli-ahli SSMS, aku minta maaf sgt2 kalau aku terlepas kata. Aku tak hipokrit. If that system is not suit for me, i'll spit it out. Tak macam tua kerepot ni, nak semua orang tau dia je yang baik. Dia je yang bagus. Org lain jahat. Dia tak...
Tujuan saya sertakan SS ni bukan untuk mengaibkan SSMS, tapi untuk bela diri. sebab malaun ni da petik nama SSMS.
I believe ramai lagi trader lain berjaya dgn basket trading ni... be it with SSMS or other system... but not for me.
So now montello, u know that im always a few steps ahead you
