Assalamualaikum,
saya orang baru dalam CG ni, nama sy liana, panggil nana je..selama ni dok baca je CG ni..hari ni tergerak hati nak register & bertanya kepada kawan2 CG..kot2 ada yang boleh tolong selesaikan masalah sy ni. Masalah sy adalah, sy perlukan pinjaman around 25k-30k dalam masa terdekat ni untuk perbelanjaan perkahwinan sy.
Sy baru sebulan berkhidmat sebagai penjawat awam. Seperti yang semua orang tahu, penjawat awam senang nak mohon personal loan. Tapi lain pulak dengan kes sy. Sy perlu tunggu setahun berkhidmat sebelum saya boleh buat personal loan, & selepas setahun berkhidmat, sy cuma boleh mohon 10% sahaja daripada gaji, sedangkan biasanya 60%. Ini adalah arahan pihak atasan, sy tak boleh membantah sebab sy masih baru & tak nak timbulkan masalah.
Yang sy tau, pinjaman yang hanya memerlukan 1 bulan slip gaji adalah pinjaman melalui koperasi. Tetapi memerlukan pengesahan daripada majikan yang mana sy tak boleh buat. Kalau hantar borang kat boss, memang dia takkan sign. 1st time dengar law mcm ni.
Jadi ada tak cara lain untuk dapatkan pinjaman tanpa pengesahan majikan & tak melalui potongan gaji. Kalau potongan gaji mesti kene pengesahan majikan. Tolong saya kawan-kawan. Saya nak kahwin bulan 8, persiapan belum buat pun. Terlalu runsing sekarang.