Bro, jujur la sikit. jangan fikir nak meniaga je.
Ramai dah tertipu dengan skim mcm ni. Semua janji lebih kurang sama, masa singkat, harga murah. Benda ni mcm hina insitusi pendidikan tinggi.
IPTA lambat sebab kalau buat distance learning, dia suruh student sendiri tetapkan kredit hour utk setiap semester. Ikut kesesuaian masa pelajar sendiri sebab mereka ni bekerja. IPTS mcm Sunway pun ada tawarkan, cpt sikit, tapi kos dia mahal. Tapi kedua-dua nya kualiti lebih kurang sama.
Distance learning banyak membabitkan kos pengurusan. Kalau course yang ada pratical (lab work), memang susah. Dulu kat sekolah aku, SM Sains Selangor, ada satu bilik khas utk video conferencing utk pelajar mcm ni. Sebulan 1-2 kali. Maknenya masih ada kelas. Even yang buat PJJ/PLK pun masih ada kelas.
Bila buat master pulak, ada yang full research (thesis), ada yang mix mode - Kelas dan project paper (thesis dia takdela mcm full reserch punya thesis). Tapi masih kena berjumpa dgn supervisor. Kawan aku yang course MBA pun kena submit project paper dia, masih kena pergi kelas, jumpa supervisor.
Jadi kalau ada jalan yang lebih senang, mestilah ramai orang berminat. Cuma jalan yang bro bagi ni mcm mudah sgt. Aku takut bogus university je.
OK, bro. Jawab persoalan aku. Cerita detail pasal benda ni. Ni melibatkan periuk nasi kawan forum. Jangan nanti dah ada master dlm engineering, spanner pun tak kenal. maan taknya, degree buat PLK/distance learning. Lab tak pernah masuk, lepas tu pengalaman kerja takde.
Kitorang kat sini tunggu je thread promo yang bro war-war kan.
Ok, bro. peace.