BTC USD 81,354.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thierry Henry bersara dari dunia bola sepak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
henryretire.jpg

henry3.jpg


Lagenda Arsenal, Thierry Henry mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

Bekas penyerang Arsenal itu menamatkan kariernya selepas telah berkecimpung selama 20 tahun dalam sukan bola sepak.

Pemenang Piala Dunia 1998 bersama pasukan kebangsaan Perancis itu meninggalkan pasukan New York Red Bulls akhir bulan ini selepas empat tahun bersama skuad tersebut.

Namun spekulasi tercetus bahawa dia bakal bersama dengan kelab lain.

Disahkan Henry akan menyertai Sky Sports sebagai pengulas sukan sepenuh masa.

Penyerang kebangsaan pasukan Perancis itu juga menyertai kumpulan penganalisis sukan lain termasuk Gary Neville, Jamie Carragher dan Jamie Redknapp.

Henry sebelum ini pernah menjadi penganalisis sukan untuk BBC ketika Piala Dunia 2014 di Brazil bermula 13 Jun hingga 14 Julai.

Beliau akan sentiasa diingati peminat sukan bola sepak sebagai penyerang terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) berdasarkan pencapaian cemerlang bersama kelab Arsenal.

Henry berhijrah ke London Utara daripada Juventus pada tahun 1999 dan menghabiskan masa bersama The Gunners selama lapan tahun sebelum muncul lagenda kelab itu.

Beliau adalah penjaring gol terbanyak dalam sejarah Arsenal dengan 228 gol dengan 175 gol hadir pada perlawanan EPL.

Henry turut membantu Arsene Wenger menjuarai EPL dan Piala FA pada tahun 2002 sebelum menjadi sebahagian pasukan tanpa kalah dan sekali lagi menjulang EPL pada 2004.

Penyerang itu menyertai Barcelona selama tiga tahun dan menjuari La Liga dan Liga Juara-juara Eropah sebelum berpindah ke New York Red Bulls pada tahun 2010.

Bagaimanapun, Henry kembali menghabiskan musim pinjaman bersama Arsenal pada Januari 2012 dan menjaringkan gol kemenangan menentang Leeds dalam Piala FA dan Sunderland dalam EPL.

Kini karier bola sepak Henry selama empat tahun di New York berakhir dan akan memulakan tugas sebagai penganalisis bersama Sky Sports.

"Saya bertuah kerana menamatkan karier bola sepak dengan pelbagai kenangan menarik dan kini tidak sabar untuk melangkah ke bab seterusnya bersama Sky Sports.

"Saya telah beraksi bersama beberapa pasukan bola sepak terbaik dan kini menyertai pasukan terbaik dalam televisyen. Saya menantikan saat untuk menyertai pasukan penganalisis sukan dan membantu menyediakan penonton Sky Sports dengan analsis sukan yang terbaik," jelasnya.


http://malaysiagazette.com/ms/sukan/thierry-henry-bersara-dari-dunia-bola-sepak
 
orang walaupun dah kaya.. lepas habis satu kerja terus nak sambung lagi satu kerja.
 
sampai sekarang takder penyerang yg bleh gantikan dia kat arsenal.pak asan sampai botak pikior.
 
Melaka kuar duit lebih skit aahh pujuk thierry henry jadik coach.. baru leh up balik team nih.. pas tuh lantik Pak Ali jadik manager.. dia pun tgh takde wat pape tuh.. :)cgrock
 
lejen arsenal :)
 
Back
Top
Log in Register