BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie THE NUN II (2023) (NOW SHOWING)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1694656461833.png


The Nun II adalah sambungan kepada The Nun yang ditayangkan pada tahun 2018. Filem ini sekali lagi memfokuskan kepada watak Sister Irene lakonan Taissa Farmiga berhadapan dengan Valak/the Nun. Dalam filem ini, Jonas Bloquet turut kembali sebagai Frenchie. Kali ini berlaku empat tahun selepas kejadian filem pertama di mana Valak menyerang murid-murid di sebuah sekolah berasrama penuh di Perancis.

The Nun II bermula dengan baik. Penceritaan yang lancar dengan memperkenalkan beberapa watak baharu serta memperlihatkan semula watak asal. Gangguan demi gangguan Valak mula berlaku tetapi ramai tidak tahu yang Sister Irene pernah bertempur dengan jelmaan setan ini.

Valak/the Nun sekali lagi dibawakan oleh Bonnie Aarons. Nampak seram tetapi setiap kali makhluk ini muncul ia sudah boleh dijangka, jadi elemen seramnya tidak mengejutkan. Solekan artis untuk Valak memang menyeramkan tetapi cara pengarah mahu makhluk ini muncul membuatkan filem ini seakan filem pertama dalam francais.




1694656481272.png


1694656497713.png


1694656513497.png
 
Back
Top
Log in Register