RuthlessFairy
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,239
Paid Membership
- Joined
- May 15, 2009
- Messages
- 30,239
- Reaction score
- 879
- Points
- 166
The Good Nurse (2022) menceritakan tentang kisah Charles Edmund Cullen yang lahir pada 20 Feb 1960, seorang PEMBUNUH BERSIRI AMERIKA yang juga merupakan seorang jururawat lelaki yang telah membunuh sekurang-kurangnya 40 pesakit sepanjang kerjayanya selama 16 tahun di beberapa hospital di New Jersey (mungkin juga lebih dari 40 kerana banyak kes yang tidak dapat dilaporkan).
Apa yang peliknya, pembunuhan yang dilakukannya seolah-olah tidak diketahui oleh sesiapapun bahkan waris-waris kepada si mati dan kesemua kematian dianggap sebagai mati mengejut.
Dan yang lebih mengejutkan adalah..pihak lembaga hospital sendiri seolah-olah cuba berselindung dengan menyembunyikan jenayah Charles Cullen (lakonan Eddie Redmayne) demi menjaga kepentingan dan nama hospital.
Dalam filem yang berdurasi 2 jam ini, para penonton akan disajikan bagaimana Charles Cullen mampu berpindah dari satu hospital ke hospital lain dan bagaimana dia memanipulasikan kematian para pesakit yang berada dibawah jagaannya.
Sehinggalah 2 pegawai polis yang komited terhadap kes ini mula menjejaki Charles Cullen dan menyiasat kes ini dari awal dengan bantuan rakan sekerja satu shift Charles Cullen iaitu Amy Loughren (lakonan Jessica Chastain).
Nak tahu bagaimana pesakit-pesakit ini semua dibunuh secara senyap-senyap tanpa jejak dan mengapa dia membunuh? Anda semua boleh tonton di Netflix.
Jalan cerita di dalam filem ini pastinya telah diolah dan ditambah beberapa plot secara fiksyen untuk membuatkan ia lebih menarik dan tidak membosankan. Wajib menjadi tontonan kepada anda yang meminati genre yang berkisarkan dari kisah benar.
𝗧𝗥𝗜𝗩𝗜𝗔
- Pada hari Cullen ditahan, mulut Cullen telah disumbat agar tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun. Dan pada 2 Mac 2006, Cullen telah dijatuhi hukuman sebanyak sebelas hukuman penjara seumur hidup berturut-turut oleh Hakim Armstrong di New Jersey. Dia juga tidak layak untuk parol sehingga tahun 2403 dan kini ditahan di Penjara Negeri New Jersey di Trenton.
- Dia juga digelar sesetengah orang sebagai “ An Angel of Mercy Killer”.
Attachments
-
94.9 KB Views: 43