Kimie
Super Active Member
- Messages
- 6,741
Paid Membership
- Joined
- Apr 12, 2007
- Messages
- 6,741
- Reaction score
- 113
- Points
- 73
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Diam
Seorang ibu muda pergi berjumpa ka wan nya yang kebetulan seorang
doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk
menggeledah m akmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut
tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak
menggeledah
bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata
apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara,
"Saya
harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit.
Biasalah, budak-budak."
"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata
doktor tersebut dengan sinis."
Pak Pandir
Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi
setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu
membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau
terdapat salah ejaan...
==============================================================
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan
lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11
di
talipon ini..
==============================================================
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem.....
Kenapa Kamu Di Sini
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
" Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa
perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk
dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak
tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB"
Tak Mati ke Kena bom?
Asan dan Sudin telah berjumpa dengan tiga ketul bom tangan... lalu
mereka memutuskan untuk menyerahkannya ke balai polis..
"Bagaimana jika salah satu dari bom ini meletup sebelum kita sampai
ke
balai?" tanya Sudin
"Itu senang aje" jawab Asan..
"Kita tipu aja dengan mengatakan yang kita hanya berjumpa dua ketul..
Pelupa
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam
segala
hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara
fizi kal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka
membiasakan
diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala
perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...
Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan ?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang
akan
lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..
strawberry
dan krimnya bukan?"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek
sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata..abang akan lupa
pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."
Pertandingan senjata tajam peringkat dunia.
Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta
berjaya
ke peringkat akhir.
Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari
Malaysia .
Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan
membunuh seekor
lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh
pedang dari Sepanyol
menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu
terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.
Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai
Jepun
memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua
terbahagi
tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.
Kini giliran pendekar silat dari Malaysia . Segera ia menghunus
pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di
udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang
semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat
tersebut masih utuh dan terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan
jangan
salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".
Pesakit Jiwa dan Pilot
Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit
jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan
dipandunya.
Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat
menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit
yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia
memberitahu kawan 2nya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil.
Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya,
"Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau
bagi tau sama kawan 2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi
tau kat kawan 2 saya .... kalau nak melompat2............pergi main kat
luar!!!!
KisaH PeNgEmIs Dan PeLaJaR UniVerSiTy
Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua
di
depan kampus UITM.
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat
berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak .
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di
Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti
Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia
di
Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh
tahan
juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....
*Hampehhhhhh..!!!!*
Insiden di klinik swasta
Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk
mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor : Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut : Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3
pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya
saspex
ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka.
Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki
kelam-kabut
lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti
ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni,
doktor.
Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak
serius
seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor : Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang
lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?
Chet : Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya.
Tapi
saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya
berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada
sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!
Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk
daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot : Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak
peti
ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!
Dialog antara lembu dan ayam
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua
tiga
ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor
aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang . Rasa nak bunuh
diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang
pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)


