BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thailand kembali bergolak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


BANGKOK - THAILAND. Tujuh cedera apabila sebutir bom meletup di tempat letak kereta di sebuah pulau peranginan Thailand, kelmarin.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 10.40 malam (waktu tempatan) di pusat membeli belah Central Festival di Pulau Samui, 700 kilometer di selatan Bangkok.

Polis Samui berkata, antara yang cedera adalah seorang budak perempuan warga Itali berusia 12 tahun.

Dalam insiden berasingan, sebuah gudang di Surat Thani dibakar dipercayai berlaku pada tempoh sama semasa kejadian letupan bom kereta di Samui.

Gabenor wilayah berkata, kebakaran itu mungkin berpunca daripada bahan letupan. Februari lalu, Thailand dikejutkan dengan dua serangan bom di tengah Bangkok. - dpa
 
Back
Top
Log in Register