BTC USD 83,424.9 Gold USD 4,139.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Tetamu hari minggu...

pape pon TT ni bagus...ati mulia..sedih lak aku dgr doa org tu tuk TT..aku pon ade gak budak yang jual madu,cd agama kat Petronas tu..aku park nak isi minyak,die datang terangkan dari mana die datang...skolah tahfiz katanya..aku korek lagi...aku tanya nape ustaz adik suh adik buat camni..die kate xpe bang..ni jihad bang..perjuangan tuk hidup dan menegakkan agama..aku xbeli pon CD,buku die tu..aku bagi duit sikit die nak bagi resit aku cakap xpayah..adik ambik buat blanja adik..pastu die tadah tgn die cakap...."ya Allah ya tuhanku,murahkanlah rezeki tuk abg ni..panjangkanlah umurnya,kurniakanlah kesihatan yang baik utknya..Semoga allah memberi belasnya kepada abg..."..aku terdiam...budak kecik doa camtu utk aku...

xpun sindiket mmg dah ajar suruh doakan kat org yg derma..klo cmni cmne??
 
nice sharing tt..sikap positif yg harus dicontohi sekalian umat..
 
pernah jgak org yg minta derma nie doa untuk aku..mungkin dia terharu sbb aku x minta resit n tnyer mcm2..mmg aku ikhlas pun time tue..
 
Cerita happy takde ke TT? Asyik cerita sedih jer? #:-S
 
Geng,

Satu lagi kisah benar. Kisah yang terjadi atas diriku.. Aku namakan kisah ini Tetamu hari minggu..

Sejak tahun 2005, hari Ahad sebulan 2 kali rumah aku akan dikunjungi oleh seorang pakcik tua bangsa Rohingya Myanmar untuk jual buku agama. Pakcik ni bernama Abdul Shukur. Kakinya capek sebelah kiri. Jalan tak balance, kena pakai tongkat coz kaki dia capek dan kecik sebelah. Payung usang dan lusuh dibuatnya tongkat untuk dia topangkan kakinya untuk berjalan.

Pakcik Shukur ni dah uzur, tua dah,kurus kering. Datang dari Ampang Jaya naik bas. Katanya dia kena salin 3 bas untuk sampai rumah aku, jam 11.30 pagi baru dia sampai rumah aku. Keluar rumah kul 8.30 pagi..datang pepagi buta hanya nak jual buku agama.

Kali pertama dia datang di pagar rumah aku, dia picit loceng...ting tong..ting tong..aku intai kat luar tak nampak pun dia, rupanya dia diri balik tembok. Dalam hati memang lah geram dan coz pepagi buta ada orang main loceng then lari balik. Aku duk ingat budak-budak main loceng. Aku keluar rumah untuk melihat dan mencari siapa yg picit loceng.

Tiba di pintu pagar, dia jenguk kan mukanya..sambil memberi salam..Assalamualaikum..saya datang jual buku. Aku tanya, buku apa?? Dia terus sua kat aku buku tu, dia kata abang pilihlah..saya tak tau baca.. (dalam hati berkata..tak reti baca..tapi nak jual buku..)

Aku belek belek buku tu..banyak buku agama dan surah yassin, sticker ayat bismillah, fatihah dan nama Allah dan Muhammad.. Dan semua buku yg dia jual tu, aku dah ada.

Melihat dari raut wajahnya yg tersenyum menyeringai mengharapkan aku beli, tak sampai hati aku nak halau dia balik. Aku tanya dia..pakcik datang dari mana? Dia kata dari Ampang..aku tanya lagi..datang naik apa..dia kata naik bas..

Aku tanya pakcik tu, pakcik nak minum tak..?? Dia mengangguk..aku pun jemput dia masuk..dalam pada dia nak melangkah masuk ke dalam rumah aku, pakcik tu macam terpelecok kakinya dan nak tergolek jatuh..kuasa Allah..sepantas kilat aku sambut badan pakcik tu dan dia berdiri tegap semula. Aku pimpin dia masuk dalam rumah aku..

Aku tanya dia..pakcik nak air apa?? Milo, kopi atau teh?? Dia cakap dia nak air panas putih jer..pakcik ni pandai cakap melayu tapi pelat myanmar.. Aku interview dia dari A sampai Z.. Apa dia buat semua dan kenapa datang ke area rumah aku..??

Jawapan dia cukup memilu kan aku..dia kata dia redah jer..dia hanya tau baca nombor sahaja dan nombor yg dia cam ialah nombor bas yang pergi rumah aku..itu jer..dan rupanya dia memang dah banyak kali dtg rumah aku tapi aku tak der rumah..memang ya pun..aku hari ahad memang jarang ada rumah..hari tu memang rezeki dia boleh bertembung dengan aku. Memang dah jodoh kami utk berjumpa.

Aku rasa selama 2 jam kami bersembang pagi tu, mcm mcm cerita kami borak dan dia pun mintak diri nak balik. Aku pun beli lah satu dua buku yg dijual (buat syarat) dan sebenarnya aku nak bg dia duit. Nak ambil hati aku sajer jer beli buku dia.. Punyalah dia seronok.. Sambil melangkah pergi..sempat dia cakap kat aku..nanti Ahad lagi satu, Ahad lagi satu..dia nak datang lagi..abang tunggu tau.. Aku angguk kepala. Lagi 2 kali Ahad aku tunggu pakcik tu datang..memang betul dia datang..kul 11.30 pagi loceng aku akan berbunyi..ting tong ting tong..

Begitulah..itu lah rutin pakcik tu..memang selalu datang tapi tak mau makan apa pun kat rumah aku..hanya minum air panas suam jer..
Berlarutan pakcik ni datang..pernah sekali tu..selepas dah banyak tahun dia datang rumah aku..dia cakap satu perkara yg membuatkan aku menangis depan dia..

Masa tu aku hantar dia sampai ke pagar rumah aku..aku takut dia jatuh tergolek lagi. Aku pimpin dia sampai dia dah selesa boleh jalan sendiri, aku lepaskan tangan aku. Dia pusing mengadap aku..masa tu cuaca panas terik..dia dongak ke langit..menadah tangan sambil berdoa..begini bunyinya..Ya Allah..abang ini orang baik..kau jangan bagi dia mati, bagi dia hidup,kau jangan bagi dia mati..kau bagi dia kaya..kau bagi dia duit banyak kalau dia mati..banyak susah..then dia menangis teresak esak..aku pun nangis sama..aku tanya dia..kenapa pakcik cakap mcm tu..dia hanya geleng geleng..then dia berlalu pergi...

Kisah pakcik ni datang rumah aku berlarutan hingga ke tahun lepas..now pakcik ni dah lama tak datang..aku tak tahu mana dia pergi..dulu dia pernah mengadu kat aku yg dia kena halau dengan security..security tu marah dan halau dia coz asyik datang rumah aku je..

Aku sound dengan security tu..kalau pakcik shukur ni datang, benarkan dia masuk..then ok lah..memang pakcik tu dah boleh keluar masuk dah..tapi now ni dia tak datang dah..tak tau lah..harap harap dia sihat ler..jangan meninggal dulu..

Pilu dengar dia berdoa..sampai sekarang kalau aku ingat doa dia..hati aku pasti tersentuh..dia sanggup doakan untuk aku agar aku kaya dan banyak duit..sepatutnya aku yg berdoa begitu untuk dia..dia lah sepatutnya kaya bukan aku..tapi tu lah..pengorbanan dia cukup tinggi buat ku..

Aku masih memerlukan doa dia lagi..doa dia tiada hijab..memang makbul buat ku..

Pakcik Shukur..di mana pakcik sekarang..kenapa pakcik tak nak datang rumah saya lagi..

Salam,...

Peluang untuk kita merasa manisnya keindahan bila mendengar dan menerima tu sgt2 indah..apatah lagi ditambah dengan kekuatan jiwa
dalam ikhlasnya bersedekah dan berbakti sesama manusia..
Alhamdulillah...Tuan telah diberi peluang dan mungkin ganjaran pahala serta doa yg kala ini mungkin telah dikabulkan..
bersyukurlah saudara..bergembiralah...
Teruskan Usaha Saudara dalam kebaikan dan amal bakti..
Insyallah bukan kerna pakcik tu..tapi dia hanya simbolik pada ujian yg Allah turunkan untuk menguji ikhlas dan tawaduk nya saudara pada rezeki yg dikuniakan-Nya..
wasalam... :)
 
Sapa baling bawang dkt monitor aku ni? Berair mata woi.....
 
sedih2.. moga murah rezeki pakcik tu dan tt
 
adui.. ada pulak org men bawang sebelah ak ni.. pape pn terbaik TT.. ak adore semua tulisan TT.. :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register