Assalamualaikum semua,
Sudah beberapa minggu saya menguji RX v7 Beta 2.
Hasilnya adalah seperti ini :
v7 Beta 2 sangat laju (sudah lama saya tidak run RX), tetapi versi sebelum ini, jika saya set 80 working thread untuk check active proxy, mmg lappy sy hang. Tapi v7 beta 2, relax je lappy sy. Siap boleh buka RX lg untuk run Database & Build Database. Maksud saya, saya run 3 RX dalam 1 masa.
Build Database pula sememangnya laju mcm kilat. (Pokcik gugel sound sy byk kali dah) sbb detect byk sgt request. ini adalah kerana sy menggunakan trick tersendiri semasa build database. 1K keyword, boleh siap dalam masa 1-2 jam dgn hasil 5K - 40K database yg clean. Bergantung kepada keywordlah.
Mereferer a.k.a promote site, berjalan lancar, bergantung kepada kelajuan proxy. Sy sudah cuba proxy yang laju sama seperti membuat database, tp ianya merbahaya kerana IP proxy tu 1-100 je, kang kena cekop. huhu. so sy guna active proxy dgn time out 5-10 sec. Okeyla..
Keseluruhan, A+ untuk RX v7 Beta 2. tiada masalah.
Details sy run di:
Lappy Dell studio, win 7 x64, 4MB DDR3, core i7.
Connection streamyx 4Mbps
Sedikit improvement yang diperlukan telah saya sampaikan kepada bro azlan, improvement ini bagi menambah baik function yang sedia ada supaya ianya jadi lebih baik. Saya harap bro azlan masukkan function tersebut masa official release nnt ya. jangan lupa pula function yg sy beritahu dulu.
User lain? ada yang test di VPS kan? share la. Bertambah laju ke, makin berkesan ke, kot2 sy berminat nak pakai VPS pulak lps ni. hehe..