BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Crypto Analysis Tesla melabur RM6.1 bilion dalam bitcoin

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
LONDON: Bitcoin mencecah rekod tertinggi menghampiri AS$45,000 selepas pengeluar kereta elektrik milik Elon Musk, Tesla melabur AS$1.5 bilion (RM6.1 bilion) dalam mata wang digital itu dan berkata mungkin menerimanya sebagai pembayaran tidak lama lagi.

Sementara itu, penanda aras kontrak minyak Brent North Sea melonjak di atas AS$60 satu tong untuk mencecah paras tertinggi sejak pandemik COVID-19 mula merebak di seluruh dunia hampir setahun lalu.

Tidak lama selepas berita mengenai pelaburan Tesla itu, bitcoin mencecah AS$44,795.20 sebelum ia turun sedikit.

Mata wang kripto itu melonjak kira-kira 50 peratus sejak awal tahun ini.

"Ini mungkin salah satu perkembangan terbesar bagi industri mata wang kripto," kata penganalisis ThinkMarkets, Fawad Razaqzada.

"Tesla akan menjadi peserta utama dalam industri automotif dan jika ia mula menerima bitcoin sebagai kaedah pembayaran, ini akan memberikan pengesahan selanjutnya kepada mata wang digital berkenaan."

Pengumuman Tesla dalam dokumen US Securities and Exchange Commission itu, adalah isyarat keyakinannya terhadap mata wang kripto yang dibimbangi pengawal selia akan digunakan bagi urus niaga haram.

"Memandangkan lebih banyak syarikat menerima bitcoin, ini akan menyebabkan peningkatan dalam pasaran yang bekalannya adalah terhad," kata Razaqzada.

Langkah Tesca itu dibuat selepas Musk minggu lalu mengubah biodata Twitter miliknya kepada #bitcoin.

Dalam tempoh hanya 12 tahun, bitcoin sedang mencatatkan peningkatan luar biasa sejak Mac lalu, apabila ia berada pada AS$5,000, disokong oleh gergasi pembayaran dalam talian PayPal yang berkata ia akan membenarkan pemegang akaunnya menggunakan mata wang kripto.

-AFP
 
MATA WANG DIGITAL | Tesla Melabur RM6.1 Bilion Dalam Bitcoin

Pengeluar kereta elektrik, Tesla melabur lebih RM6.1 bilion dalam bitcoin dan dilaporkan akan menerima mata wang digital itu sebagai kaedah pembayaran untuk pembelian model keluarannya, tidak lama lagi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini

 
terbang tinggi la bitcoin... acc LUNO aku ntah xtive ke idak...
try le buka tuan..aku ari tu ada beli, dan pastu jual 2-3 bulan kemudian..ada la baki 0.004 btc ..lupa terus..2 minggu lepas try login, tgk2 ada RM900 ..rugi betul jual..
 
Dalam industri mata wang kripto, Bitcoin adalah nama yang tidak asing lagi kerana ia adalah mata wang digital pertama yang dihasilkan. Terkini, nilai mata wang digital ini telah mencecah RM200,000 buat pertama kalinya.

Nilai yang melonjak naik ini sudah boleh dijangkakan setelah Elon Musk membeli Bitcoin sekitar $1.5 bilion dan berhasrat untuk menggunakan mata wang Bitcoin bagi pembelian kereta Tesla. Menurut sumber, Bitcoin telah mencatat nilai RM150,000 pada Januari lepas. Dalam masa sebulan sahaja, ia kini mencecah RM200,000 dengan peningkatan sebanyak RM50,000
 
Bitcoin cecah AS$60,000 buat kali pertama

NEW YORK: Mata wang kripto, Bitcoin menceah paras AS$60,000 buat kali pertama, ketika rali yang dipacu oleh rangsangan tahun lalu mendorong pelabur untuk mengabaikan petunjuk spekulatif.

Mata wang kripto itu diniagakan pada AS$61,080 pada 5.35 petang waktu New York, bangkit semula daripada kejatuhan akhir Februari lalu.

Ia meraih manfaat daripada keyakinan di pasaran kewangan selepas Presiden Joe Biden menandatangani undang-undang bantuan pandemik bernilai AS$1.9 trilion.

Selepas mengakhiri tahun lalu dengan kenaikan 170 peratus pada suku keempat kepada sekitar AS$29,000, Bitcoin kemudian melonjak menjadi kepada AS$40,000 seminggu kemudian.

Ia memerlukan hanya lebih sebulan untuk memecah had ambang terkini.

Bitcoin diniagakan pada harga hanya beberapa cent untuk tempoh beberapa tahun selepas membuat kemunculan lebih daripada sedekad lalu.

"Daya tahan Bitcoin terbukti adalah sesuatu yang amat menakjubkan," kata Antoni Trenchev, rakan pengurusan dan pengasas bersama Nexo di London, pemberi pinjaman kripto.

"Setiap pembetulan yang berlaku adalah peluang untuk penetapan semula dan memulakan kembali langkah untuk meningkat

- Bloomberg
 
Back
Top
Log in Register