BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tesla Hilang Status Syarikat Bernilai $1 Trilion Selepas Musk Bergaduh Dengan Trump

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Elon Musk sedang berperang dengan Donald Trump sejak dua hari lalu dan kemuncak pergaduhan dua bekas rakan baik meletus awal pagi tadi. Presiden Trump mengancam membatalkan kontrak dan subsidi yang diterima syarikat milik Musk bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Musk membalas dengan mengatakan proses penyahtauliahan kapsul SpaceX Dragon telahpun dimulakan.

Tesla-Model-Y-Launch-Series-AWD-B-950x535.jpg.webp


Apabila keldai bertengkar kambing, pasti ada pihak ketiga tersepit di tengah-tengah. Saham Tesla pagi ini susut lebih 14% disebabkan ancaman yang dilontarkan Trump. Ini sekaligus menyebabkan Tesla bukan lagi syarikat dengan nilai pasaran $1 trilion. Ketika artikel ditulis, nilai pasaran syarikat ialah sekitar $917 bilion sahaja.

Trump mendakwa hubungan dengan Musk mula retak selepas beliau ingin membatalkan subsidi pembelian kereta elektrik (EV) yang diberikan kerajaan. Ini akan mendatangkan kerugian besar kepada Tesla yang berhadapan masalah jualan mula menyusut di peringkat global sejak penghujung tahun lalu. Tahun ini sahaja, nilai pasaran Tesla susut 33% berbanding 2024.​
 
Back
Top
Log in Register