BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teruskan tradisi main meriam

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
46181abubakar1_cropped_1528107120.jpg


TRADISI bermain meriam bagi meraikan ketibaan Aidilfitri diteruskan di Kampung Selabak dekat Teluk Intan, tahun ini.

Kampung Selabak memang terkenal sebagai lokasi bermain meriam yang meriah setiap kali tiba Ramadan dan menjelang Syawal sejak 50 tahun lalu.

Seramai 40 penduduk kampung berusia antara 15 hingga 35 tahun terbabit dalam permainan tradsional itu.

Dentuman bunyi meriam bergema mulai 6.30 petang hingga 7 malam dan 10.30 malam hingga 12 tengah malam memecah kesunyian di kampung yang didiami 90 peratus masyarakat keturunan Jawa itu.

Dua unit meriam besi berukuran panjang 0.6 meter dengan lilitan 6.9 meter setiap satu dikenali sebagai meriam gergasi serta enam meriam asbestos berukuran panjang 0.4 meter dan lilitan 3.5 meter setiap satu beroperasi sejak pertengahan Ramadan lalu dan dijangka berakhir pada 3 Syawal ini.

Semua meriam itu diletakkan di tepi jalan raya berhadapan Masjid As-Saadah Kampung Selabak, yang diubah suai daripada batang paip lama yang ditinggalkan terbiar di tepi jalan raya.

Seorang daripada penduduk itu, Mohd Saidi Mohd Ramli berkata, mereka berbelanja RM42 setiap malam bagi membeli 'karbaid' iaitu sejenis bahan yang boleh menghasilkan bunyi letupan dengan kos keseluruhan untuk tempoh kira-kira dua minggu lebih kurang RM840.

"Aktiviti bermain meriam ini akan bertambah rancak pada malam 1 Syawal yang mana kami akan bermain hingga menjelang Subuh.

"Malah, ramai remaja tempatan dan anak Kampung Selabak di perantauan yang pulang bercuti ke kampung turut datang untuk melepaskan 'gian' bermain meriam setahun sekali sempena Aidilfitri, sekali gus memeriahkan lagi suasana," katanya kepada NSTP di Teluk Intan, hari ini.

Beliau berkata, mereka sentiasa berwaspada ketika bermain meriam berkenaan untuk mengelakkan berlaku sebarang musibah dan bersyukur tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini sepanjang mengendalikannya sejak berpuluh tahun lalu.

Ketua Kampung Selabak, Abdul Hadi Alias, 59, pula berkata, pada masa lalu mereka menggunakan batang kelapa, pinang dan buluh sebagai meriam kerana ketika itu tidak ada besi paip.

“Sambutan hari raya dianggap kurang lengkap sekiranya tidak bermain meriam di kampung ini kerana ia sudah menjadi tradisi setiap kali Ramadan dan menjelang Syawal," katanya yang turut aktif bermain meriam ketika zaman remaja.

Beliau menyokong aktiviti permainan meriam itu dan menasihatkan mereka melakukannya dengan berdisplin untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber

 
Last edited:
Agak2 tahan berapa lama erk paip tu?? :-?:-?:-?
 
Sekali budak-budak cucuh meriam tu, berdentum telinga jika berada kurang 50 meter dari meriam tu.
 
dah positif pulak main meriam nih...huhuu
 
umah nenek wife wa kat area nih..bersusun kot meriam dorg..dr yg pendek smpai la yg panjang..slagi dorg xabis men jgn mimpi la nak tdo.bergegar umah woi.. :)):))
 
aku okey je maen meriam nie...yg penting...
yg penting...

1. maen hati2...utamakan keselamatan
2. jgn dekat dgn rumah org...maen jauh2...
3. jaga hati jiran2...kalau ade anak kecik...simpan la taun depan baru maen balik :)):))
 
tengok material apa dia pakai.
aku dulu pakai tin susu sambung-sambung.

sampai abis karbaid pun tak lunyai lagi.

tin susu kecik....
aku dulu pakai tin milo yg saiz paling besar tu.... susun 4 tin pastu tanam dlm tanah...
 
tu paip besi. xpecah punya klo setakat karbaid tu
 
Back
Top
Log in Register