TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Lelaki berusia 24 tahun itu dicekup dalam keadaan keletihan di masjid berkenaan sekitar awal pagi, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata suspek dipercayai menjadikan masjid dan dobi sebagai tempat untuk mencuri wang sejak awal tahun ini.
“Dalam kejadian Rabu lepas suspek berjaya memecah dan memperoleh RM30, namun dia tertidur.
“Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu secara bersendirian dengan memecahkan tabung masjid dan dobi pada waktu tengah malam hingga awal pagi untuk mengelak dari dicekup,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Mohd Ismail berkata, pemeriksaan ke atas suspek turut menemui paket kecil dipercayai mengandungi dadah jenis syabu.
“Siasatan mendapati suspek mengaku memecah masuk masjid dan mencuri wang tabung masjid di sekitar daerah ini.
“Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek melakukan empat kes pecah tabung masjid dan pecah wang mesin di sembilan kedai dobi layan diri.
“Suspek dipercayai penduduk tempatan didapati positif morfin dan mempunyai enam rekod lampau berkaitan kes dadah,” katanya.
Mohd Ismail berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bermula 7 Disember lalu hingga esok untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.
Tertidur selepas pecah tabung masjid
JITRA: Malang buat seorang pencuri apabila dia tertidur selepas memecahkan tabung masjid di Tunjang di sini, sebelum dicekup polis, baru-baru ini.