BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertelan pin tudung

Yul-Minho

Legendary Member
gem
Messages
15,946
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,946
Reaction score
1,172
Points
201
telen_cropped_1500365858.jpg


KISAH bayi lelaki berusia 10 bulan tertelan pin tudung yang tular sejak semalam adalah benar dan bayi itu kini dilaporkan stabil.

Jurucakap Hospital Kuala Lumpur berkata, bayi itu dibedah semalam dan pin yang tersangkut di paru-parunya sudah dikeluarkan.

"Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) dan kini dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor," katanya.

Semalam, tular di Facebook (FB) dan aplikasi Whatsapp gambar bayi lelaki itu dirawat di hospital akibat tertelan pin tudung sebesar kira-kira tiga sentimeter.

Gambar X-ray menunjukkan pin tudung tersangkut di paru-paru bayi itu dan pin yang sudah dikeluarkan turut tersebar.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 4:17 PM

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/245645/tertelan-pin-tudung#cxrecs_s
 
dukung baby, pakai tudung mengalahkan pengantin, mmg la bahaya, pakai tudung yg sarung tu cukup la, ingat la kalau ada baby....
 
Astagfirullahhal a'zim...

Anak saya pun jenis suka masukkan benda ke dalam mulut...memang bayi jenis ni rumah kena sentiasa kemas dan pastikan tiada barang-barang kecil atas lantai.

P/S: Dah banyak kali jugaklah jantung saya terhenti sebab anak saya tu.:D:D

Keyword: Tak boleh cuai.:D
 
bahayanye..

ada dapat group whatsapp benda nih..

harap xbetul lah..

rupa rupanya betul2 terjadi..
 
Ade org duk share fb kate meninggal dah.. Betul ke?
 
Bende y paling menyampah hok bini guna.ambe klu jumpa x ltk elok2 mmg terus buang je.
 
pggil kerongsang kot. bkn pin lagi ni
 
Back
Top
Log in Register