BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terserempak buaya dalam laut

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Buaya yang ditemui berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang.
< 1 / 1 >
GEORGETOWN - Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang di sini terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan.

Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.

Mohd Asyraf turut berkongsi gambar berkenaan di laman facebook Kelab Melayu Pulau Pinang dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/terserempak-buaya-dalam-laut-1.225197
 
woo takut aku kalau naik feri terserempak buaya ni
 
ni msti dari sg prai.. x pun sg muda..
 
xtahu plak aku buaya boleh hidup di laut masin..
 
xtahu plak aku buaya boleh hidup di laut masin..

Itu namanya buaya air masin..dia leh dok kat air masin dan air tawar..ingat tak kes org kena gigit buaya kat PD dulu??..aritu masa sy gi ke Queensland kat sana byk spesis buaya air masin nih..saiz nya boleh tahan besor gak.
 
Btol3... Baru nak bgtau benda yang sama...
 
xtahu plak aku buaya boleh hidup di laut masin..

buaya katak bro..

zaman 90 an dulu masih mudah lg nampak buaya katak ni kalau kat padang kemunting pengkalan balak... skang payah dah
 
Itu namanya buaya air masin..dia leh dok kat air masin dan air tawar..ingat tak kes org kena gigit buaya kat PD dulu??..aritu masa sy gi ke Queensland kat sana byk spesis buaya air masin nih..saiz nya boleh tahan besor gak.

ohh.. baru tahu ada buaya air masin..
siap goole cr info..:D
 
xtahu plak aku buaya boleh hidup di laut masin..

Buaya asyik dok berenang di air tawar ajer. Sekali terlepas masuk air masin...best gak rasanya...leh memburu ikan besar2 sikit..kakkakakakak.
 
Back
Top
Log in Register