BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terserah pada pihak KWSP

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ahmad Zaini


SYARIKAT kewangan, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menyerahkan keputusan kepada pemegang saham bagi memutuskan sama ada MBSB akan menjadi sebuah bank atau tidak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, 2014 adalah tahun sesuai untuk MBSB menawarkan perkhidmatan perbankan sepenuhnya, namun keputusan hanya boleh dibuat pemegang saham.

“Saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham utama MBSB.

“Sebagai pihak pengurusan kami boleh membuka laluan ke arah mencapai matlamat itu, cuma terpulang kepada mereka (pemegang saham) untuk memilih haluan sesuai,” katanya pada Pembentangan Laporan Kewangan 2013, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah syarikat berkaitan Kerajaan, MBSB menunjukkan prestasi pertumbuhanmenggalakkan dan mencatat keuntungan sebelum cukai RM932.3 juta dalam tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013, iaitu peningkatan tertinggi sebanyak 42 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.“Kami menjangkakan pertumbuhan pinjaman menyeluruh 10 hingga 12 peratus pada tahun ini, disokong oleh perniagaan runcit dan korporat.

“Selain itu, pembiayaan perladangan sawit yang akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini dijangka merangsang pendapatan perniagaan korporat selain sektor hartanah, minyak dan gas,” katanya.

MBSB adalah syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sebuah institusi berjadual seperti mana ditakrifkan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989.
 
Back
Top
Log in Register