BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpaksa berak atas kertas

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
“Kadang-kadang saya terpaksa membuang air besar atas kertas kerana jika menggunakan tandas, najis tidak boleh dipam malah akan melimpah keluar,” kata seorang penduduk Taman Perumahan Bandar Sungai Emas N Kanesan, 62.

Katanya, masalah dialami lebih 200 rumah penduduk di kawasan perumahan terbabit sudah berlarutan hampir empat tahun lalu dan ia seakan-akan tiada penyelesaian.

“Pelbagai cara sudah diusahakan termasuk membuat aduan kepada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sehingga kini masalah masih membelenggu penduduk.

“Penduduk terpaksa ke sana ke mari membuang air besar dan tidak mahu menggunakan tandas sendiri kerana khuatir ia akan melimpah,” katanya ketika ditemui bersama 30 penduduk membuat bantahan aman bagi mengesah pihak bertanggungjawab menyelesaikan beberapa masalah di kawasan perumahan Bandar Sungai Emas, baru-baru ini.

Kanesan berkata, masalah itu akan menjadi lebih buruk jika musim hujan kerana air dari dalam tandas akan melimpah dengan sendirinya hingga membanjiri rumah.

“Keadaan ini sangat menjijikan dan kotor.


Sampai bila kami perlu berhadapan dengan bau busuk?” katanya.

Katanya, penduduk tidak pernah leka membayar bil pembetungan, tetapi kenapa IWK seolah-olah menidakkan hak mereka.

“Berkali-kali aduan di lakukan dan terbaru satu surat bertulis diserahkan kepada IWK 6 Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini satu tindakan pun tidak dilakukan,” katanya.

Bagi Musa Abdul Hamid,80, pula berkata, dia sudah kebal dengan bau busuk yang sering dihidu keluarganya kerana sudah tidak tahu ke mana mereka harus mengadu masalah itu.

“Setiap kali aduan dilakukan ia seolah-olah dipandang sepi dan tiada tindakan segera dilakukan.

Saya sendiri sudah beratus-ratus kali menghubungi pihak berwajib tapi tiada tindakan,” katanya.

“Bukan itu saja penduduk juga dibelenggu dengan masalah longkang tersumbat disebabkan masalah sistem kumbahan terbabit sehingga menyebabkan pembiakan nyamuk.

“Saya sendiri sudah hampir dua minggu berulang-alik ke Hospital Banting kerana disyaki mengalami deman denggi,” katanya.

Katanya, saya berharap pihak berkenaan segera mengambil tindakan janganlah biarkan penduduk di kawasan terbabit tanpa pembelaan.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) berjanji akan menjalankan siasatan dakwaan penduduk di kawasan perumahan berkenaan berhubung masalah pembetungan yang menyebabkan air kumbahan melimpah melalui tandas rumah mereka.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014041403161420140414031614/Article/index_html
 
IWK sepatutnya kena la bertanggungjawab
sbb penduduk tempatan bayar servis tiap-tiap bulanan
kalau skip bayaran bulan, tau pulak IWK ni menyaman defaulter tu
jadi servis tu mesti up to the standard
 
Back
Top
Log in Register