BTC USD 84,677.0 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terowong Genting Sempah

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
Mungkin ramai di antara pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang sering melalui terowong ini tanpa mengetahui kisah sejarahnya. Marilah kita imbau kembali kenangan kira-kira 33 tahun yang lalu mengenai terowong yang pernah mencatat sejarah sebagai sebuah terowong lebuh raya pertama di Malaysia.

Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07.01.1978.

terowong_5.jpg



Terowong jalan raya yang pertama di Malaysia ini terletak di genting Sempah, panjangnya kira-kira 3 000 kaki, ditebuk di tengah-tengah bukit dan hutan yang melintasi sempada negeri Selangor dan negeri Pahang berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands. Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut.

Tinggi terowong ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki. Di sepanjang terowong diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda dan sekiranya bekalan elektrik terputus, stanby generator akan bertugas secara otomatik.

terowong_7.jpg

YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam sedang melihat sendiri Bilik Gerakan pemantauan terowong.


Para pengguna terowong ini tidak akan menghirup udara yang beracun seperti gas carbon monoxide atau gas-gas kotor yang lain kerana satu sistem di mana udara bersih dimasukkan ke dalam dan udara kotor dikeluarkan ada disediakan.

terowong_2.jpg



Selain dari itu, sistem mencegah dan memadam kebakaran juga dilengkapkan. Perkhidmatan telefon dan lain-lain kemudahan juga disediakan. Tanda-tanda isyarat lalu lintas dan kawalan yang cukup di dalam terowong disediakan dan sebagai tambahan sebuah sistem kawalan melalui televisyen (CCTV) telah dipasang dengan menggunakan dua buah kemera.

Telefon darurat untuk menghubungi pengawal-pengawal terowong juga turut disediakan. Kakitangan JKR bertugas secara 24 jam di bangunan terowong itu dan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kebakaran, pengguna-pengguna terowong adalah diminta menghubungi mereka dengan menggunakan telefon-telefon yang disediakan di sepanjang terowong itu.

terowong_6.jpg



Dengan terbukanya terowong lebuh raya ini yang serba indah dan lengkap di Batu 23 jalan Kuala Lumpur - Bentong dan sebahagian jalan baharu, maka pengguna-pengguna jalan raya dari Batu 11 (Mimaland) hingga ke Batu 28, akan mengalami dan merasai satu perubahan yang sungguh selesa dan menyenangkan.

Mereka tidak lagi mengikuti jalan yang berbengkang-bengkok, tidak lagi menemui selekoh-selekoh yang merbahaya, pendeknya tidak lagi melalui jalan yang berliku atau berkelok-kelok.

Jalan raya dari Batu 11 dan Batu 28 dengan terowong yang terpanjang terletak di Batu 23, Genting Sempah, merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan meningkatkan keadaan jalan raya di antara Kuala Lumpur dengan Karak.


terowong_4.jpg

Sebahagian daripada lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak yang telah dibuka kepada pengguna jalan raya.


Projek lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini bermula di Batu 3, Jalan Pahang Kuala Lumpur hinggalah ke batu 54 di pekan Karak. Sungguhpun jarak lebuh raya baharu ini hanya dapat dikurangkan sejauh tujuh batu sahaja, namun perjalanan di lebuh raya baharu ini akan dapat dikurangkan sebanyak 45 minit dan dalam keadaan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Pembukaan jalan dari Batu 11 hingga ke Batu 28 yang termasuk di dalam rancangan Seksyen 1, 2 dan 3 kini telah memendekkan jarak perjalanan kira-kira41/2 batu dan masa perjalanan dapat dikurangkan kira-kira 25 minit.

Bagaimanapun, kerana jalan raya itu ditebuk dan dibina di tengah-tengah bukit dan hutan belantara tebal, maka tentulah terdapat juga sedikit selekoh yang tajam dan pendakian bukit yang curam. Namun demikian jumlah selekoh dan pendakian yang begini telah dapat diminimumkan.

Tanda-tanda jalan, jalur pemisahan, kerlipan batu-batu isyarat di malam hari dan lain-lain tanda disediakan dengan secukupnya untuk memberi amaran kepada pemandu-pemandu. Lorong tambahan ada disediakan ketika mendaki bukit-bukit yang tinggi.


terowong_3.jpg

Pintu masuk terowong dari Negeri Pahang ke Kuala Lumpur. Kelihatan juga sebuah bas berwarna putih itu yang jika di zoom, jelas tertulis perkataan "Mara Ekspress".


Dengan keadaan ini maka para pengguna akan dapat memandu dengan lebih selesa, lebih cepat dan lebih selamat pada kelajuan 40 hingga 50 batu sejam.

Pemandu-pemandu kenderaan berat adalah dinasihatkan supaya mematuhi isyarat-isyarat lorong mendaki dan terus menggunakan lorong mendaki tambahan dengan seberapa segera dan pengguna-pengguna jalan yang lain haruslah berjaga-jaga sewaktu melalui tanda-tanda ini kerana kemungkinan pemandu-pemandu kenderaan berat akan mengambil semula lorong biasa mereka apabila saja mereka selesai menggunakan lorong tambahan tadi.

Oleh itu, memotong pada tempat-tempat ini adalah tidak digalakkan dan merbahaya.

Tegasnya, lebuh raya ini telah dibina dengan mutu kejuruteraan dan keselamatan yang paling tinggi dan sebarang cubaan untuk mencemar mutu ini adalah salah dari segi moral dan salah di sisi undang-undang.

terowong_1.jpg



Jumlah perbelanjaan keseluruhan projek ini adalah dianggarkan sebanyak $160 juta. Ini tremasuklah kos pembinaan, pengambilan balik tanah dan sebagainya. Fasa pertama projek ini mengandungi Seksyen 1, 2 dan 3. Seksyen 1 bermula di Batu 11 berhampiran dengan Mimaland dan berakhir di Batu 21.

Seksyen 2 bermula di Batu 21 hingga ke Batu 22. Seksyen 3 dari Batu 22 membawa ke Batu 28. Jalan dari Batu 22 ke Batu 28 telah dibuka pada 1 Julai 1977dengan satu jalan sementara dekat Batu 28. Jalan sementara ini akan diputuskan apabila kerja-kerja Seksyen 4, 5 dan 6, peringkat kedua disiapkan.

Tiga syarikat pemaju telah terlibat dalam pembinaan projek ini. Pemborong Seksyen 1 dan 3 ialah Syarikat Italian-Thai Development Corporation. Pemborong Seksyen 2 termasuk pembinaan terowong ialah Korea Development Corporation.

Pemborong Seksyen 4, 5, 6 dan 7 yang termasuk dalam peringkat kedua ialah Syarikat Sato Kogyo Co. Limited dari Jepun. Kerja-kerja sekyen yang lain dalam Projek Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini dari Batu 28 hingga ke Batu 43 dijangka akan dapat disiapkan pada pertengahan
tahun 1978.
 
kini dah ada 2 terowong
selepas terowong dari bentong ke KL best speed turun bukit
 
nice info ni ...
 
ade penambahan info berkaitan.

'Selain itu kawasan ini turut di beri dana khas oleh kumpulan Genting Berhad pada tahun 1977. Tan Sri Lim Goh Tong memberi cadangan kepada menteri diparlimen dan juga JKR didalam 1 surat kenyataanya bagi membina lebuh raya daripada arah KL - Genting - Pantai Timur bagi memudahkan pengunjung datang ke pusat peranginan di Genting untuk bercuti selain memberi keselesaan pada pengguna lebuh raya diwaktu itu.

Genting Berhad mengambil langkah2 inisiatif untuk membuka lebuh raya dari arah Karak menuju ke puncak Genting. Sebanyak jutaan ringgit turut dibelanjakan bagi menjayakan projek lebuh raya Karak ini untuk menjadi 1 kenyataan. Beberapa tahun kemudian pihak Genting Berhad sekali lagi bekerjasama bersama PLUS Berhad untuk menaik taraf lebuh raya Karak bermula dari Genting Sempah sehingga ke kawasan puncak Genting di(Resort World ) termasuk kawasan Gohtong Jaya.

Selebihnya daripada arah Karak hingga Bentong dan juga LPT adalah dibawah pengurusan atau pengendalian pihak PLUS Berhad dan juga JKR.'
 
good info..
dulu 40km/h nak masuk terowong,skang 120-150km/h..:D
 
den layan fesyen baju org2 zaman tur, stylo gak:D:D:Ddgn rambut tak leh blah:D:D
 
dulu aku slu main2 kat cni..
masa tu genting sempah xmacam skang..da lawa..
dulu kedai makan sederet...ade sungai belakang tu...hehe
 
aku pernah drift lpas trowong ni...xingat jalan curam siket....kereta kat blakang aku dah siap angkat lampun tinggi...brek bdah xmakan dah time tu....kalau xpanjang umur mau masuk berita aku haritu..
 
Back
Top
Log in Register