assalamualaikum.
saya nak tanye lan.
sekarang ni dah mula ternak cacing ke?
pasaran macam mana.
saya telah mencari syarikat yang membeli cacing & permasalahan pemasaran selama hampir 4 bulan.
tapi hanya ade beberapa sahaja.
itu pon tak berapa pasti.
orang kita memang lah begitu berminat untuk menternak,modal pun agak besar.
last2 takde sape nak beli.
harap lan dapat membantu
cuba contact pak man atau jab pertanian...
yg sy tahu jab pertanian boleh bantu..tp biasanya projek diba/wah bimbingan dia...jd kalu boleh mana2 bakal pengusaha yg nak bergiat dlm bisness ...(pendapat sy), ilmu kita cari/dptkan guru tp mesti ada link dgn agensi kerajaan...
byk agensi dah sy temui, kebanyakan akan bantu projek bimbingan dia dulu lepas tu baru projek lain...
byk yg menawarkan perkhidmatan dlm pertanian, cth...kem pertanian, kem belia, kem luar bandar (yg ni byk budget)...LPP (peladang)...biasanya dari segi pemasaran mereka akan bantu cthnya bagi lot/ruang dalam pameran (skrg ni byk pameran pertanian MAHA,Hari Peladang Negeri/Kebangsaan, Hari Jab Pertanian, Karnival Pertenakan (2007 kat tapak MAHA-mardi serdang), Kem Luar Bandar (pameran keusahawanan)...byk lg
jd walaupum ilmu kita dah ada, tp kita masih perlukan agensi kerajaan untuk lebih mara/maju kedepan...tak caya lihat saja mereka yg berjaya ...sebenarnya mereka adalah dibawah projek bimbingan, peluang dibawa keluar negara utk cari pasaran baru (sy tahu sbb ada kawan kat matrade)...jangan segan silu...mesti dptkan khidmat agensi kerajaan...kaum lain byk guna khidmat agensi sbb mereka guankan sepenuhnya (lihat berapa ramai pengusaha yg dah pegi jumpa kat agensi berita/taya projek)
tp kadang2 kita rasa ada karenah birokrasi...ni yg kita tak berapa paham mengenai cara pentadbiran agensi...biasanya kita kena jumpa daerah/kawasan yang kita buat projek dahulu...bukanya terus ke HQ mereka...daftar kat kws/daerah dan pemantauan akan dibuat
mmg cerewet, tp itu adalah satu laluan ke peringkat jaringan pengusaha yg lebih luas krn mereka mempunyai maklumat lengkap pengusaha
kalau nak tanah/cari tanah, kita pegi survey kat pejabat tanah, tp bila buat projek, kita lupa dgn agensi kerajaan...bukan nak backing mereka, tp itu adalah tugas mereka...biar susah tp senang kemudian. bukan lepas ada masalah baru nak cari mereka, itu yg mereka susah nak tlg (adat manusia)
pemasaran mmg 'subjektif', dan tujuan kerajaan adakan pameran adalah satu tmpt utk pasarkan produk, cari buyer/seller, cari/beritahu maklumat...dsbnya...tp kita jarang2/kdg2 je pegi pameran...sy baru tahu...kat kem luar bandar boleh bagi ruang/lot pameran dgn percuma (biasanya Rm2k/lot)...ni lepas pegi dpt maklumat kat pameran keusahaan 2007 kat stadium shah alam lepas. ramai yg tak tahu, betul....?
pemasaran; adakah kita masih guna cara konvensional? tak guna saluran internet/laman web? agrolink (semua tahu), disediakan oleh kerajaan. kita kena buat berbagai cara;
1. jualan terus...pameran
2. internet/laman web...jimat kos/masa
3. pasar tani...duit cash dpt cepat
4. pasar mlm...cuba taya berapa income sipenjual
5. iklankan produk kita....mahal tp kdg2 berbaloi, diketahui umum
6. contract farming...hangat skrg pasal serai
7. byk lg...
adakah kita telah/lakukan? sy dah lakukan separuh dr itu, tp sy tak masalah krn bukannya lakukan secara komersil lg...partimer je...satu hari nanti...insyaallah (doakan)
satu lg, zaman moden, sy sarankan semua pengusaha ada laman web/blog sendiri...itu pun satu cara customer nak tahu produk kita...dan letak kat siggy msg2, nanti semua tahu apa yg kita usaha/projek yg dilakukan...
sekadar pendapat...