firdaus_pet
Freshie
- Messages
- 26
- Joined
- Dec 24, 2008
- Messages
- 26
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
Vermicast mahal drpd vermicompost sebab:
- vermicast lebih susah nak dapat (perlu lebih masa, risiko kpd cacing)
- vermicast tak ramai org buat... harga ikut hukum demand-supply
- persepsi pengguna yg dok ingat vermicast ni lebih baik drpd vermicompost
Betul ke vermicast lagi baik drpd vermicompost? Entah le. Tak penah test secara saintifik (ujian tanaman dalam controlled environment, NPK lab test etc etc).
Things to ponder...
NPK dan unsur2 surih ditentukan oleh input yg dimasukkan dlm medium. Kalau input mediumnya dari bahan yg sama, sepatutnya vermicasting NPKnya lebih kurang sama dgn NPK vermicompost. Kalau beza pun tak banyak. Kalau terlalu lama tak harvest, kemungkinan NPK terutama N akan kurang. Beberapa perkara untuk dipertimbangkan:
1. N (nitrogen) vermicasting mungkin boleh berkurang kerana bakteria dah takde bekalan N drpd medium, maka terpaksa ambik N daripada casting. Bakteria memerlukan N untuk pertumbuhan/pembiakan.
2. N boleh bertambah kalau ada bakteria Azotobacter atau spesis pengikat nitrogen lain yg mengikat nitrogen drpd udara
3. N boleh berkurang (hilang ke atmosfera) melalui proses denitrification oleh spesis2 bakteria tertentu spt Pseudomonas.
4. Selepas tempoh tertentu bakteria akan kekurangan makanan di dalam vermicast. Populasi bakteria akan merosot dalam vermicasting, satu perkara kita tak nak berlaku.
5. Kekurangan N menyebabkan C/N ratio baja tinggi (melebihi 20). C/N ratio tinggi akan menyebabkan bakteria drpd baja organik dan tanaman berebut N yg terdapat dalam tanah. Kesannya, tanaman akan deficient N.
Atas faktor-faktor di ataslah maka ada eksperimen yg mendapati vermicompost sedikit lebih baik drpd vermicasting.
Satu kelebihan vermicasting, tahap solubility nutrient dalamnya lebih baik drpd vermicompost. Bermaksud, keberkesanan baja lebih cepat dilihat pada vermicasting. Berapa cepat? entah le... tak penah test.
Wallahu'alam. Kalau saya tersilap mohon diperbetulkan.
ooo..thanx so much bro..bru la sy phm kaitan bcteria ni ngn nitrogen..b4 dis ade sy bace pasal funtion2 bacteria ni pd vermicompost..tp x phm sgt...skang bile bro da explain cni..mmg btul2 clear laa...bgus2...mmg patut dipanggil otai cacing...haha..