Tempoh masa harvest ni subjektif. Bergantung kpd banyak faktor, antaranya:
1. jenis bahan asas dan kualiti medium (kadar pereputan, jumlah mikrob, saiz butiran medium, ph value, nutrient content dll)
2. spesis cacing
3. faktor2 asas wormbin - aeration, suhu, kepadatan cacing, ph level, kuantiti medium, ketebalan medium dll
Sebab tu tempoh masa untuk hasilkan VC yg berkualiti tu boleh jadi berbeza-beza antara sorang penternak dgn penternak yg lain, bergantung kpd perkara2 di atas. Omputeh ambil masa lama mungkin kerana mereka guna konsep food & bedding di mana mereka tunggu sehingga bedding (long term food) pun habis dimakan cacing, selain drpd sesetengah tempat mereka mengalami cuaca sejuk yg ekstrim membuatkan performance cacing menurun.
Mengenai soalan adakah kualiti VC akan lebih baik kalau lambat diharvest... Pada umumnya boleh kata camtu la, lagi lambat harvest lagi baik untuk memastikan % casting yg tinggi dan mendapatkan rupa fizikal baja yg lebih best. Tapi ada hadnya kerana terlampau lama sangat pun tak bagus untuk kesihatan cacing (malnutrition). Ada juga kajian yg mendapati vermicasting (100% casting) tidak perform sebagus vermicompost kerana telah kehilangan sebahagian drpd nutrient dan microbes.
Kalau niat lambat harvest untuk naikkan NPK.... rasanya lupakanlah kerana NPK ditentukan oleh input medium kita. Lebih baik enhancekan NPK selepas harvest dgn bahan2 tertentu.