BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Kursus Penternakan Cacing

KURSUS ASAS INTEGRASI PENTERNAKAN CACING KOMPOS

Kursus akan dijalankan pada
Tarikh : 20.12.08
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg (SATU HARI SAHAJA)
Tempat : No. 15, Wisma Norbaya, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 KL

Bayaran : RM300.00 Seorang (TERMASUK STARTER PACK CACING 300-400 EKOR)
Peserta akan diajar secara amali & teori :
1. Misi Penternakan Cacing Kompos
2. Mengenali spesies cacing/ Habitat/ Kitar hidup
3. Pemakanan dan Penyediaan medium
4. Pembiakan dan Penjagaan cacing
5. Penetasan Telur Cacing
6. Kawalan dan Keselamatan
7. Penuaian dan Pengasingan
8. Pembungkusan
9. Penawaran dan Permintaan pasaran
10. Potensi Usahawan Cacing
11. Model dan Strategi Pemasaran
12. Perancangan dan Pengurusan Kewangan

Latihan amali
1. Mengenali jenis cacing
2. Penyediaan medium.
3. Penyediaan Bekas Cacing
4. Menuai Cacing

Untuk maklumat lanjut layari http://www.bayatech.com.my untuk pendaftaran & pembayaran atau hubungi Fihir di talian 019 385 1965.
 
KURSUS ASAS INTEGRASI PENTERNAKAN CACING KOMPOS

Kursus akan dijalankan pada
Tarikh : 20.12.08
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg (SATU HARI SAHAJA)
Tempat : No. 15, Wisma Norbaya, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 KL

Bayaran : RM300.00 Seorang (TERMASUK STARTER PACK CACING 300-400 EKOR)
Peserta akan diajar secara amali & teori :
1. Misi Penternakan Cacing Kompos
2. Mengenali spesies cacing/ Habitat/ Kitar hidup
3. Pemakanan dan Penyediaan medium
4. Pembiakan dan Penjagaan cacing
5. Penetasan Telur Cacing
6. Kawalan dan Keselamatan
7. Penuaian dan Pengasingan
8. Pembungkusan
9. Penawaran dan Permintaan pasaran
10. Potensi Usahawan Cacing
11. Model dan Strategi Pemasaran
12. Perancangan dan Pengurusan Kewangan

Latihan amali
1. Mengenali jenis cacing
2. Penyediaan medium.
3. Penyediaan Bekas Cacing
4. Menuai Cacing

Untuk maklumat lanjut layari http://www.bayatech.com.my untuk pendaftaran & pembayaran atau hubungi Fihir di talian 019 385 1965.

kenapa buat kursus kat KL? dah tak buat kat melaka dah?
 
ada tak sesiapa kat sini yang membeli baja kompos, cacing dan makanan cacing? Kalau ada, boleh bagitau harga setiap benda tu tak?
 
Bro, harga siap hantar ke Melaka brp?

Salam Bro OneEarth.

Harga pengangkutan ni biasa saya lebih galakkan pembeli cari sendiri supaya boleh berpuashati dgn harga lori. Kalau saya cari, takut tak dapat lori semurah yg diharapkan. Atau boleh juga saya tanyakan lori kat sini, kalau harga ok, baru proceed. Kalau tak ok, buyer boleh cari dari tempat buyer. Kat Lembah Kelang ni mungkin lori mahal sikit...saya rasa la.

Kalau ramai di Melaka nak order, mungkin boleh share kos pengangkutan sama-sama.
 
aku pun teringin nak buat...tapi tak tahu nak jual kat sape..member aku supplier cacing nih
 
untuk mencukupkan kuota 20 posting, saya post je la apa2 dulu...

Ini gambar Spent Mushroom Substrate. Diperbuat dari habuk kayu getah dan dedak padi/gandum. Dah dekat setengah tahun direputkan oleh cendawan tiram kelabu. Kandungan lignin (polymer dinding sel tumbuhan yg menyebabkan pokok jadi keras) juga dah banyak diuraikan oleh fungus (cendawan tu).

th_a3.jpg

Imej saiz besar (klik)

th_sms2.jpg

Imej saiz besar (klik)



Cendawan baru pun masih nak tumbuh pada SMS yg expired ni... sebab kandungan nutrientnya masih tinggi (especially protein).

th_a2.jpg

Imej saiz besar (klik)

th_sms.jpg

Imej saiz besar (klik)


Letih gak nak pecahkan beg SMS tu... nak kena pakai mesin nampaknya

th_IMG_0776.jpg

Imej saiz besar (klik)

th_buatmedium.jpg

Imej saiz besar (klik)



Taik kambing perlu di 'leach' iaitu dibilas untuk singkirkan ammonia dan inorganic salt yg datang dari urine kambing... dan apabila direndam + bilas camtu, tahi kambing jadi lebih lembut (mudah dikisar)

th_a5.jpg

Imej saiz besar (klik)

th_tkambing.jpg

Imej saiz besar (klik)

SMS dan tinja kambing digaul sebati, lepas tu dipra-komposkan atleast 2 minggu secara hot composting.... sembur EM untuk innoculate mikrob yg berfaedah. Proses ni berfungsi utk matikan patogen & benih, uraikan lagi medium, biakkan mikrob yg menjadi makanan cacing dan menstabilkan medium.

th_prekompos1.jpg

Imej saiz besar (klik)

th_prekompos2.jpg

Imej saiz besar (klik)


Selepas pra-kompos, medium akan jadi spt berikut. Warnanya dah bertambah gelap dan semakin lembut/gebu. Dalam gambar tu timbunan yg perang cerah di belakang tu adalah medium yg belum diprakomposkan.

th_IMG_0470.jpg

Imej saiz besar (klik)


Akhir sekali.... kisar medium tu menjadi halus dan gebu....

th_kisar.jpg

Imej
saiz besar (klik)



Dan digunikan elok-elok

th_IMG_0099.jpg

Imej saiz besar (klik)


Ini teknik saya. Mungkin ada kekurangan dan boleh perbaiki lagi. Please advice.
 
Last edited:
Perubahan tone warna dan tekstur......

tonewarna.jpg


Bahan 1: medium cendawan terpakai (SMS)
Bahan 2: Bahan 1 + tahi kambing (Nisbah 60:40), belum dikisar
Bahan 3: Bahan 2 yang telah dipra-kompos dgn EM selama 2 minggu (notice perubahan warna)
Bahan 4: Bahan 3 yang telah dikisar halus
Bahan 5: baja vermikompos yg terhasil dari Bahan 4

Analisa NPK:
Sampel A (spent mushroom substrate semata-mata) : 0.8 - 1.1 - 0.9
Sampel B (medium makanan cacing) : 1.4 - 1.5 - 1.2
Sampel C (baja vermikompos 1st test) : 2.5 - 2.1 - 1.6
Sampel D (baja vermikompos 2nd test) : 2.8 - 1.2 - 1.9
Sampel E (baja vermikompos 3rd test) : 3.0 - 1.4 - 2.2

Lab test result 1,2,3 (klik utk imej besar):





Di atas berdasarkan medium versi lama (nisbah 60 SMS: 40 tinja). Result untuk versi baru (50:50) belum dihantar ke makmal. Diharapkan NPKnya nanti lebih tinggi.
 
Back
Top
Log in Register