BTC USD 85,928.9 Gold USD 4,140.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Byk nya soalan...type sehari semalam tak abis...senang2 pi lawat tempat penternak..

Assalamualaikum ril.

Lama tak citer kat sini, dah jauh ketinggalan.. Tpi sekali sekala ada jag tengok forum ni.

Betul tu cashbiz. Pegilah berguru, lg ramai lg baik, banyak ilmu,jdi bila dah mula ternak masalah remeh boleh segara diatasi. Pak uda nasihatkan, tak ada jln mudah/pintas dlm biz ni.Lawati mereka yg dah buat projek n sembang dg mereka. Pak uda ada sahabat di kelantan yg sudah ternak tpi masih mahu cari ilmu, dia melawat pak uda di banting, melawat sahabat di jenderan (CuCiManja)n beberapa pengusaha lain. Jadi cashbiz jangan tunggu guru datang jumpa anda.

Ril macam projek cili, nti pak uda nak ke selatn, kota tinggi,johor. Balik boleh singgah tempat ril. Harap sediakn patin masak tempoyak cili api.

Salam
 
Siapa penternak cacing di Sarawak sila PM saya untuk belian balik...
ada tawaran ISTIMEWA untuk anda... tawaran adalah terhad...
 
cacing mati

Kami di utara agro centre baru saja memulakan penternakan cacing di pulau pinang. Masalah sekarang ..ada cacing yang mati. Ada sejenis makhluk ..nak katakan semut tak juga dia kecik jer warna merah perut agak buncit macam labah2 dok hurung cacing yang dok dipermukaan medium. Adakah ini yang disebut hama??? Pasal saya pon tak pernah tgk hama rupanya camana??? Pls advice.

p/s: ada sesiapa sesiapa yang ada gambar hama tak?? Boleh tolong post
 
Saya dapati bahagian tengah medium saya agak panas jika dibanding dgn bahagian lain...cacing semua lari ke bahagian tepi dah atas ...macam mana nak mengatasi masalah ini agar suhu stabil? Buat masa ini saya cuma gaulkan medium tuh
 
Assalamualaikum.

Hama berwarna merah besar sedikit dari hama. Kemungkinan datang dari medium bersama ca yg baru di oder atau di btg pisang atau tinja haiwan. Klu sudah membiak sukar utk membasmi krna ia luar n dlm medium. Ia akan menghurung ca di permukaan. SY difahamkan ia menghisap cecair dlm cacing.

Klu medium sudah boleh di tuai,tuai secepatnya. Bekas tu sembur dg racun seranga n biarkan beberapa jam baru gunakn semua atau keesokn hrinya. Pastikan ca yg dituai tdi tiada medium/vc lama yg ada hama tersebut. Klu teratak perhatikan selepas dituai hama2tersebut banyak melekat pada cacing, klu tidak dibuang 100% ia akan membiak lg dimedium baru. Selepas masukn ke medium baru cuba letakn air serai wangi dlm mangkuk atas medium tersebut,ini untuk menghindar dari serangga/hama/semut dll.

Salam
 
Last edited:
Saya dapati bahagian tengah medium saya agak panas jika dibanding dgn bahagian lain...cacing semua lari ke bahagian tepi dah atas ...macam mana nak mengatasi masalah ini agar suhu stabil? Buat masa ini saya cuma gaulkan medium tuh

Medium jadi panas biasanya kerana kerana tinja tak dirawat dahulu. Aktiviti mikrob (bakteria termofilik) dalam medium tu sedang menjalankan aktiviti. Medium akan sejuk semula bila bakteria tersebut sendiri mati, tapi masa tu cacing pun boleh mati sama. Rasanya cara paling baik ialah tuai segera dan asingkan cacing dari media tersebut. Gunakan media lain yang elok (dah dirawat). Biarkan media yang panas tu direputkan dulu oleh bakteria, tapi jangan buang - masih boleh digunakan.
 
maklumat yg berguna.....tqvm

kekadang terjadik gak kat medium.
 
terima kasih ...rakan2 kongsi saya cakap tempat ternak tak sesuai ...bumbung rendah ...kira 5 kaki dari bumbung tak bersyiling ...tapi saya heran kerana bahagian tengah medium jer yang panas ..bahagian lain ok plak ...cacing semua lari ke kawasan tepi dan penjuru kerana area tuh lebih sejuk saya tgk. Byk cacing naik ke atas dan mati..hari nih dah 20 ekor mati dari 10kg yang diletak dalam 10 kotak
 
Back
Top
Log in Register