BTC USD 87,186.6 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Tumpang lalu yea...Petikan akhbar yang berguna untuk semua!!

Ternak cacing ikut syarak

Oleh Salina Abdullah dan Norfatimah Ahmad
[email protected]

NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

“Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan.

“Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.



Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.

Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.

Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.

Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.

Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.

Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.

“Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi,” katanya.
 
sila lawati http://cacingbagandatoh.wordpress.com/. :)
night crawler ade banyak, bukan 2 jer..

Saya dah buka webpage tu,

Gambar no 2 african Night Crawler tu gambar yang sama Ryuwirata pernah tunjuk dulu,
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1884064&postcount=1287

Saya tak pernah tgk Lumbricus terrestris secara live, tp gambar pengecaman yang dipublish oleh Earthworm Research Group, Faculty of Science & Technology, University of Central Lancashire, UK agak berbeza dengan gambar you.

http://www.uclan.ac.uk/old/facs/science/erg/images/photo_spp_terrestris/terrestris_adult_02.jpg

http://www.uclan.ac.uk/old/facs/science/erg/images/photo_spp_terrestris/terrestris_hand_01.jpg

Gambar tu you ambik sendiri ke?

Night crawler tu mmg common name, ada european night crawler, african night crawler dan mcm2 lagi nama, sbb tu saya lebih suka buat pengecaman melalui nama saintifik, satu dunia standard.:)

Night crawler yang saya ternak ialah dari jenis Eudrillus eugeniae (African night crawler). Gambar yang saya tunjuk sebelum ni diambil dari stock saya sendiri.
 
salam semua.. nampak cam thread ni dh sunyi yek.. mayb smua sibuk ngan cacing..

anyway aku ada 2 soalan nk bertanya..

media aku masuk semut.. semut halus (semut mayat) so apa cara terbaik nk buang semut tu...??

tq in advance
 
salam semua.. nampak cam thread ni dh sunyi yek.. mayb smua sibuk ngan cacing..

anyway aku ada 2 soalan nk bertanya..

media aku masuk semut.. semut halus (semut mayat) so apa cara terbaik nk buang semut tu...??

tq in advance

Medium dah guna ke lum?
 
salam,

ternakan cacing sekarang ni makin dapat tumpuan..dah ramai yang mengusahakannya samada secara kecil-kecilan & skala besar..

di Kelantan cacing jenis Africa Nightcrawler mendapat permintaan tinggi..1 ladang ternakan seluas 14 ekar di Bukit Tuku menggunakan 100% cacing jenis tersebut yg diimport dari India..

semoga rakan-rakan penternak lain berusaha untuk sama-sama berjaya dalam bidang ini..insya-allah

wassalam
 
sebenarnye peternakan cacing ni hasil dia untuk ape ye ? maksud soalan saya .. kalau tanam pokok kelapa sawit = kita jual buah dia , kalau getah kita jual getah dia , kalau lintah , kita jual dia untuk perubatan .

kalau cacing ape keistimewaan dia .. senang ke cari tempat untuk jual hasil dia ?
 
Back
Top
Log in Register