salam pada semua..nak tanya kemuskilan ni
1. 10 kg cacing boleh hasilkan brape kg vermikompos / vermiskasting?
2.cara yg betul?
1 kg cacing makan 1 kg medium 1 hari, so untuk dapatkan vermikompos adakah kita leh harvest medium tu selepas hari ke2 / 3 lepas kita bagi pada cacing?
tq
Saya pun baru mula sebulan menternak cacing ni.
Di Malaysia pada kebiasaannya baja hasil dr cacing terdpt 2 jenis.
1. Vermikompos - gred baja sederhana kerana kasting/taik cacing kurang
2. Vermikasting - gred baja tinggi kerana kasting/taik cacing dihasilkan lebih banyak.
Di luar negara kedua-duanya dipanggil vermikompos krn setakat ini tidak ada ujian yg boleh membuktikan kesemua medium itu adalah 100% kasting.
Ada juga pendapat yg mengatakan jika 100% kasting sudah tentu cacing akan mati krn tiada makanan.
Kaedah utk menghasilkan vermikompos adalah dgn menggunakan teori 1kg cacing makan 1kg medium.
Vermicasting pula 1kg cacing makan 0.5kg medium.
Perbezaan ketara boleh dilihat apabila menuai hasil baja. Bagi vermikompos kita akan lihat kesan2 merah/coklat manakala hasil vernikasting akan dilihat majoriti/keseluruhan baja hitam .
Perlaksanaan memberikan makanan pd kebiasaannya adalah terus meletakkan media selama sebulan. Jadi...
Utk vermikompos - 1kg cacing x 30kg medium dibiarkan selama sebulan
Utk vermikasting - 1kg cacing x 15kg medium dibiarkan selama sebulan
Hasil baja ini pula akan ditapis oleh itu tidak semua medium akan berjaya melalui tapisan. Bergantung kpd medium. Klu kasar akan ada yg sangkut semasa tapis tapi klu halus akan senang lepas penapis.
Saya pun dlm proses menuai dan belum menapis lagi. Jadi anggaran utk berat baja yg selesai tapis tak pasti lagi.