BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Jenoh gak baca dari muka 1 hingga 116 ni. Beberapa ari baru abis. Tapi berbaloi.
 
Dah baca, saya buat catatan. Rasanya kalu ikut kursus yup_rabtung ke atau mana-mana, dah bole tolong kekawan buat working paper
 
cuba elak tinggikan kos. kita perlukan fungus dan bakteria utk bantu penguraian benda2 organik.

secara komersial, saya tak buat sebarang rawatan langsung. tahi kambing tak dipecahkan pun.

betul, elak kos yang tak sepatutnya. Duit tu leh simpan untuk beli cacing lagi.:)
 
Eeemm..Setakat ni, sy guna serai wangi keluaran Afy Haniff (http://www.seraiwangi.com.my/) je...Bleh dpt kat Giant, MyDin, Jusco (bukan iklan ni.. :D )..

Cara sy, sy letak dlm bekas kecik, satu petak letak dua bekas..Aroma pun wangi, hama pun takde / terkawal, Insya Allah..:)

Sy takde la sembur pd medium, takut mudarat pd cacing..Otai2 mgkin ada pendapat yg lebih meyakinkan..:)

Saya pernah blender serai bersama sayuran lain, serai tu dalam 2 btg, setakat ni tak nampay mudarat kat cacing2 tu
 
Update utk mematikan benih di dlm medium.

Parkman masa saya hadiri kursus di Star City Hotel di Alor Setar pd bulan 6, Parkman ada sebut mengenai 'treatment' pemanasan baja utk membunuh benih di dlm medium.
Boleh saya tahu alat yg digunakan?
Apakah suhu pemanasan dan berapa lamakah ia didedahkan pd suhu tersebut?
Bolehkah medium yg dipanaskan sebelum diberi kpd cacing? Takut akan memudaratkan cacing.
Jika pemanasan dilakukan selepas baja dihasilkan adakah ini akan menjejaskan kualiti baja dr segi kandungan NPK baja?
Saya bercadang utk menggunakan oven biasa utk memanaskan baja.

Jwp dr Parkman
Soalan 1. Sila gunakan rotating oven.
Soalan 2. Suhu pemanasan diantara 100 darjah hingga ke 150 darjah celcius selama 10 minit continuous flow.
Soalan 3: Medium tidak bolih dipanaskan sebelum beri makan kepada cacing - Medium harus lembab pada kadar 30%.
Soalan 4. Kandungan NPK baja organik (vermicast)adalah diantara 1% hingga 3%. Pemanasan terkawal tidak akan memudaratkan.
Sekiranya Tuan/Puan menggunakan oven biasa sila pastikan kelembabpan baja pada kadar 30%- harus digaul/membalik untuk memastikan kepanasan menyeluruh.
 
Bro..sy dh menternak hmpr 8 bulan, bermula sep07 smpi skrg...saya hanya menjual induk kepada bakal2 penternak shj (selama yg saya tahu)...dan selama saya mengusahakan ternakan cacing tanah ini, saya tiada masalah langsung dengan pemasaran..

askom....bole tolong

macam mane pulak ngn baja nye?

kat mane bole jual?

sbb cacing tu kire aset la untuk pengeluaran baja..

ader tk compeni yg amik baja ni...

bole bagi info...
 
Saya baru je join thread ni.

Tahniah kepada semua, yg buka thread ni, sifu2 dan juga penternak2 cacing seluruh tanah air.

Kalu bole saya nak komen sikit. Harap tak marah.

Saya sanjung tinggi forum ni mengenai masaalah pembelaan cacing tapi kita perlu meluaskan skop forum untuk merangkumi aspek pemasaran. Ada barang tapi tak de market tak guna juga.

Saya setuju dengan Pak Mail yang buat catatan dari forum ini untuk melahirkan working paper untuk kekawan.

Yup dan beberapa pengusaha lain dah patut untuk mengambil inisiatif untuk melangkan lebih jaug dengan menjadi payung kepada penternak2 lain

Aspek payung bukan terhad kepada informasi teknikal sahaja malahan perlu merangkumi pemasaran, pengeluaran produk yang berasaskan cacing dan baja
 
Back
Top
Log in Register