BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

sapa yg bela cacing belah kedah?aku nak borong.tlg bg quotation skali.
 
Jenis binatang yg menjijikan adalah haram. Memang kita tidak makan cacing
secara langsung tapi duit yang dihasilkan dari menjual barang haram tentunya
haram juga.

:)cgrock :)cgrock :)cgrock

bro pd mana ko buat fatwa ni .. zaman dulu sblum modem org pakai cacing utk jd kan baja, makanan ikan , ayam & memancing .. sapa kata binatang yg menjijik itu haram .. kena kaji hiawan tu dulu .. rujuk pd buku fiqah bro ..

zaman dulu org pakai najis haiwan utk jd kan baja .. ade kan maksud pokok yg terhasil itu haram kite mkn ??? ko kenal tak Hiawan Dhob yg rupanya hampir mcm biawak .. tp org arab mkn dan halal .. mcm belalang pun bole mkn dan bukan haram .. cuma skrg kite x bole mkn sbb byk kan kena racun .. dua2 haiwan yg menjijik bg stgh org .. x haram pun ..

jgn bg fatwa sesuka hati .. cacing ni bukan hidup dua alam, dan bukan mkn najis , dan bangkai dia pun bukan najis , dia satu sumber protin yg hebat berbanding dgn soya been .. wlpn kite x mkn tp byk produk yg dihasil kan dgn cacing .. sama jgk ubat2 yg di hasil dgn racun haiwan mcm racun ular dll ..
 
aku kawasan gunung semanggol, perak.. dekat dengan kawasan bukit merah laketown tuh...
 
ustaz kata cacing benda haram.
hasilnya juga haram..

Lintah Dan Cacing Harus Untuk Perubatan Dan Kosmetik
Sember : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3110

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 pada 31 Mac 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah diharuskan oleh Islam.

Muzakarah kali ini juga turut memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunaan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan qamariah khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walaubagaimanapun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan.

Muzakarah kali ini turut merakamkan ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Dato’ Hj. Abdul Rahman bin Osman yang baru dilantik sebagai Mufti Kerajaan Negeri Pahang berkuatkuasa pada 15 Disember 2007 yang lalu dan Jawatankuasa juga mengalu-alukan kehadiran kembali Sahibus Samahah Datu Haji Loling Othman bin Haji Alwi yang telah dilantik semula sebagai Mufti Negeri Sarawak.

Sebanyak empat(4) kertas kerja telah dibincangkan pada muzakarah kali ini dan juga taklimat daripada Prof. Dr. Zhari bin Ismail, pakar dalam bidang sains farmasi Universiti Sains Malaysia. Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa perpaduan dan kesatuan umat Islam amat penting dan beliau berharap semua ahli Jawatankuasa dapat sama-sama membimbing dan mendidik masyarakat khususnya umat Islam supaya memberi keutamaan kepada kepentingan dan kedaulatan ummah dan meninggalkan polemik serta isu-isu yang boleh menghalang dan melemahkan perpaduan umat Islam.
-------------------------------------------------------
http://ternakancacingmelaka.blogspot.com/
Email : [email protected]
Suhaimi '019-6501125
 
mintak tolong pd kengkawan...
nak tanya sikit kepada yg mengetahui.

1. tahi kambing kering boleh ke digunakan untuk jadi media. prosesnya camana. cam biasa ker. kandungan nutrient camana berbanding dgn tahi yg baru dan basah.:D

2. boleh ke guna kertas dan kotak sebagai ganti habuk kayu. kalau boleh rawatan dia camana :D
 
kalu letak sabut kelapa terlampau byk boleh jd cam tu jugak ka ?
jadi camtu jugak, sebab kita galakkan dia mengawan. dia belit kuat sgt bila tgh syok kot. tu sbb ada yg sampai ramping dan ada yg terputus. cuba monitor. tapi kita nak bagi dia mengawan jugak supaya dapat cocon byk2.
 
Yup...RM8/kg....cantik tu...so yg lain2..berapa harga pasaran kita nak letak utk baja vermicasting ni?
saya jual gred A rm 8/kg, dan gred B rm 4/kg. harga kat pasaran berbeza2. gred b ada juga sampai rm 6, gred a sampaa 12 - 15 sekg.

gambar yg yruwiranata bagi tu jelas tunjukkan perbezaannya. terima kasih. nanti yup save utk simpanan dan demo. pd yg lain pun patut save gambar ni. sekurangnya kita ada bukti. nanti yup cuba masukkan kat forum ni dari file yup.
 
letak kat panas lagi cepat mati. 3-5 hari. kalau ada cacing dia akan berada di permukaan plastik sbb kat dalam panas. boleh nampak hidupan yg mati katak kalau pakai plastic jernih.

ok dah buat spt mana yg yup suggestkan..slps 4 hari, hari ni bukak plastik..ada 2-3 ekor ulat gonggok yg mati katak...pas tu sembur em yg dah aktifkan..hehehe..pasai byk sgt bancuh hari tu..tatau nak sembur kat mana..hehehe
 
Back
Top
Log in Register