BTC USD 85,272.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

ada apa2 tragedi yg terjadi pd cacing tak dlm tempoh 2 bulan ngko bela cacing, ryuwiranata? blh kongsi pengalaman ngan kami skit ka?

aku ambik cacing kat banting..perjalanan balik makan masa 5-6 jam..ada yg mati kekeringan air, ada yg cedera parah berhimpit2 dlm karung..kekeke...seminggu pertama agak kritikal mcm yg pembekal bagitau..bukan takat cacing, aku pon kritikal..hehehe..skrg ni ok la..3 hari skali kasik buah mangga yg luruh / busuk .. kadang2 kasik kulit tembikai..dah ada yg bertelur..

mula2 tu aku letak sabut kelapa byk sgt..ada cacing yg terbelit kat sini..skrg ni aku proses balik sabut kelapa td, potong pendek2..
 
ustaz kata cacing benda haram.
hasilnya juga haram..

aku copy paste posting Park Man berkaitan perkara yg kptm bangkitkan utk rujukan bersama :

Bukan begitu mudah untuk mengharamkan sesuatu itu dan jika benar hukumnya haram tolong minta Pak Imam tu bagi nas/dalil untuk rujukan. Dan jika berkesempatan minta ia rujuk semula kepada beberapa contoh surah berikut saperti tercatat didalam Al Quran:-

1. QS 45 Al Jaatsiyah ayat 4
2. QS 16 An Nahl ayat 5
3. QS 23 Al Mu'minuun ayat 21
4. QS 36 Yaasiin ayat 71
5. QS 22 Al Hajj ayat 28
6. QS 22 Al Hajj ayat 30

"dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak,kecuali yang telah diterangkan kepada kamu" Binatang yang diharamkan dalam Al Quran adalah babi, dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah S.W.T.,sedangkan cacing yang termasuk binatang yang dapat diternak dan jenis binatang melata jelas dihalalkan olih Allah S.W.T."dan demikian pula diantara manusia,binatang binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam warnanya atau jenisnya QS 35 Faathir ayat 28

Jadi untuk berternak cacing ada dalilnya dalam Al Quran walaupun secara langsung tidak ditulis, sebab Al Quran sifatnya global dan universal merangkumi semua makhluk hidup yang ada dimuka bumi dan Allah S.W.T. memperkembangkan segala macam jenis binatang QS 31 Luqman ayat 10. Salah satu jenis binatang yang dimanafaatkan olih manusia sekarang ini adalah cacing tanah.

 
assalammualaikum,

Kepada penternak semua, selamat maju jaya. Jaga cacing elok2. Pastikan baja yg dijual gred yg terbaik. baja bagi kita 4/5 dari pendapatan keseluruhan.

Saya dan pengurusan rantung agro/seven layers agro akan cuba masuk ke pasaran luar malaysia untuk kebaikan semua penternak. Harap kita semua dapat bersatu, berkongsi ilmu, tidak bertelagah, dengki mendengki, tikam menikam sesama sendiri.

Harap semua penternak dapat tahu dan ingat semua teknikal yg penting yg ada dlm baja. Baru kita boleh jual baja dgn baik. Pastikan anda juga cuba guna baja ini. Saya jual baja pada direct customer pada harga rm 8 sekg. Saya harvest hanya bila semua dah jadi hitam, peroi, dan anak pokok tumbuh tanpa letak benih kat dalam media. Bila pokok tumbuh, tanda hormon pembesaran pokok auxin dan cytokinin sudah hadir dalam media/casting. cuba test benih cili guna baja ini. biasa dlm 3 hari dia bercambah. yg saya test paling cepat 2 hari.

selamat mencuba - sedih baca forum brunei - jadi tempat bertelagah.

Pada penduduk di terengganu, boleh dapatkan induk cacing dari en amirudin di Kemaman - tel no : 0179610006

wassalllam
 
KPTM..
ko manjang suma haram..lintah pun ko kate haram..
hati busuk betul ko nih...ustat yahudi mana ko dgr nih heh?
meh sinih biar aku tempeleng muka ustat yahudi ko tu ngan ko sekalik, nak?
 
Last edited:
aku ambik cacing kat banting..perjalanan balik makan masa 5-6 jam..ada yg mati kekeringan air, ada yg cedera parah berhimpit2 dlm karung..kekeke...seminggu pertama agak kritikal mcm yg pembekal bagitau..bukan takat cacing, aku pon kritikal..hehehe..skrg ni ok la..3 hari skali kasik buah mangga yg luruh / busuk .. kadang2 kasik kulit tembikai..dah ada yg bertelur..

mula2 tu aku letak sabut kelapa byk sgt..ada cacing yg terbelit kat sini..skrg ni aku proses balik sabut kelapa td, potong pendek2..

Saya ada jumpa beberapa ekor yg mati, badan kecut di bebrapa bahgn.
Ada yg jadi lembik di kepala atau ekor...seperti mereput...knp ya?
 
assalammualaikum,

Harap semua penternak dapat tahu dan ingat semua teknikal yg penting yg ada dlm baja. Baru kita boleh jual baja dgn baik. Pastikan anda juga cuba guna baja ini. Saya jual baja pada direct customer pada harga rm 8 sekg. Saya harvest hanya bila semua dah jadi hitam, peroi, dan anak pokok tumbuh tanpa letak benih kat dalam media. Bila pokok tumbuh, tanda hormon pembesaran pokok auxin dan cytokinin sudah hadir dalam media/casting. cuba test benih cili guna baja ini. biasa dlm 3 hari dia bercambah. yg saya test paling cepat 2 hari.

salam yup..nak tanya skit..saya ada taruh buah mangga yg gugur & busuk sbg makanan cacing..dlm 2 kali seminggu gak..skali ngan biji saya taruh...ada 5-6 bijik yg dah tumbuh anak pokok kat biji tu..jadi maknanya hormon auxin dan cytokinin dah ada dlm casting / media lah yer ?
 
Saya ada jumpa beberapa ekor yg mati, badan kecut di bebrapa bahgn.
Ada yg jadi lembik di kepala atau ekor...seperti mereput...knp ya?
cacing cedera sbb kena force akibat aktiviti mengembur, atau tersepit masa penghantaran atau aktiviti mengawan yg extreem (bdn ramping), ada pemangsa spt semut, cengkerik dll.

cuba jgn gembur, tengok ada mati tak. kalau tak ada yg mati, u yg bunuh dia masa gembur pakai tangan. Kalau ada jugak, check dlm media kot ada benda lain yg bunuh dia. gitulah adanya sikit pengalaman yg nak dikongsi.
 
salam yup..nak tanya skit..saya ada taruh buah mangga yg gugur & busuk sbg makanan cacing..dlm 2 kali seminggu gak..skali ngan biji saya taruh...ada 5-6 bijik yg dah tumbuh anak pokok kat biji tu..jadi maknanya hormon auxin dan cytokinin dah ada dlm casting / media lah yer ?
hang letak biji tentulah boleh tumbuh. kalau letak atas tanah pun boleh tumbuh jugak buah pelam tu. Ini tanpa letak apa2 benih, pk akan tumbuh sendiri. pk tu mungkin dtg dari taik kambing. benih yg tersimpan tapi tak boleh nak tumbuh. Hormon cuma cepatkan pertumbuhnya saja.
 
Back
Top
Log in Register