aku copy paste posting eudrillus
cara penyediaan/pengaktifan EM.1
1. Bersihkan tong plastik (jgn guna bekas kaca) bertutup yg ingin digunakan.
2. Isikan bekas dgn lebihkurang 10ltr air suam, campurkan 1 liter molasses dan goncangkan tong tersebut untuk sebatikan campuran.
3. Tambahkan 10ltr air suam (penuh) dan goncangkan lagi tong tersebut untuk sebatikan campuran.
4. Perap/tunggu selama 30 minit supaya campuran menjadi sejuk.
5. Campurkan 1 liter EM.1 kpd campuran tadi, goncang SEKALI SHJ! (INI PENTING: EM.1 CUMA DICAMPUR DIPERINGKAT AKHIR BANCUHAN SHJ!!) Simpan ditempat gelap dan bersuhu bilik.
6. Selepas hari ke3, lepaskan sedikit gas yg terkumpul oleh tindakbalas mikrob dan terus tutup rapat bekas tu semula.
7. Selepas hari ke7 atau jika pH telah turun ke pH3.5 menunjukkan EMAS (EM Activated Solution) itu telah sedia utk digunakan.
Nota:
a. Semua air utk tujuan penggunaan EM.1/EMAS mestilah tidak berklorin
b. Nisbah (EMAS:Air) penggunaan EMAS adalah spt atas i.e.:
Utk tujuan pereputan nisbah 1:50
Utk menyahbau 1:100 atau 1:200
Utk minuman haiwan 1:200
Utk rawatan kolam ternakair 1:500 hingga 1:1000
dan byk lagi...
EM.1 selagi ia bertutup dan tak tercemar serta tidak terdedah kepada cahaya dan suhu terlalu tinggi boleh digunakan dlm 1thn.
EMAS seelok2 digunakan dlm 14hari dari pengaktifan atau maksima 30hari. Elakkan terdedah kepada cahaya dan suhu terlalu tinggi.