Hari ni kita sembang bab pasaran cacing.
Awalnya menjual cacing bukan fokus CACINA. Entah angin apa agent yang nak order baja ni tiba2 nak cacing. so hentam ajelah.
saya tahu apa yg boleh dibuat dan apa yg dah dibuat dari cacing ni. Ada sorang pakar cacing yg menjadi rujukan saya. Dan saya tengah pelan something, dah jadi nanti baru saya war2kan.
Pada penternak baru, fokus pada baja dulu. cacing ni, anggapkan side income. Saya hanya memperuntukkan 50 kg cacing sahaja untuk dijual sebulan. bulan lepas 37 kg, bulan ni baru 33 kg (confirm booking). Tempat ternakan (plant 2) di olak lempit bertukar jadi tempat jualan dari niat sebenar utk ternakan. cacing kat situ tak dapat menetap lebih dari 2 minggu pun. Sempat harvest baja aje.
Tu sebab kena biak dalam basket plastic. senang handling. Esok delivery dari plant 1, 70% hantar terus ke customer. balancenya je sampai. Nanti pelawat datang jumpa 6 -7 basket aje. Tak nampak macam komersial langsung. so ini lah yg anda semua akan hadapi di masa akan datang. Pada penternak baru, kalau mula dgn 10 kg ia akan ambil masa 6 bulan untuk anda mula buat duit. so no worry. cara market? Kalau sudi nak tahu cara senang tapi sedikit kotor - e-mail ke
[email protected] (blm guna cara ni, cuma bagi idea)