BTC USD 86,019.9 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

Timeer kaseeeeh .. GOLD.
jadi kes biasa laah telor dan anak cacing boleh tekorban..
saya dah mengayaknya dengan guna tapis sayur jerr..
suspen gak kalau2 cacing2 terseksa dan terkorban :D
 
Ni nak share dgn kawan kawan semua.... aku buat rak ni modal bawah 500... dah masuk 10 kg cacing... buat kat tempat letak kereta jer.... guna batang pisang dan juga tahi lembu..... lokasi kat parit raja batu pahat.... sesapa berminat leh dtg... tukar2 info. aku pun masih berlajar2 lagi... pernah ikut kursus di bawah AZR agro centre...
 

Attachments

  • 493.3 KB Views: 249
Ni pulak pernternakan cacing mengunakan sistem kolah... pilih la mana yang anda suka..... yg penting mulakan langkah pertama.... yang ni lokasi di kawasan yong peng...
 

Attachments

yg sistem rak tu jimat space..kolah kena ada ruang besar..dok pikir nak buat sistem rak..
 
apa yg diketahui.......dua2 sistem tu sebenarnya ada fungsi berlainan
ni apa yg telah dipantau/pemerhatian...byk faktor kena ambil kira terutamanya disegi kos...upah/peralatan/masa/dsbnya

kalau rak...biasanya pengusaha menekankan kpd pembiakan cacing...maknanya main bisnezz pengusaha ni adalah jual cacing sbgi induk atau cacing utk tujuan lain (perubatan/komestik)...sbb kompos yg dihasilkan tak byk krn ruang rak yg kecil...kalau ikut kos agak rugi sikit dgn jumlah cacing yg byk dalam satu rak (biasanya 3 kg cacing-rak std)

kolah/palung...sesuai utk hasilan kompos ...byk boleh hasilkan dlm masa yg singkat sbb ruang besar.....dr segi kos cacing yg ada setara dgn kos yg akan dihasilkan per masa...jimat utk kos........

byk teknik boleh digunakan....tu yg sy tekankan...apa sebenarnya main bisnez, nak jual kompos atau cacing??? pikir2kan:-?
just yg tahu....skrg ni cuba test masukkan EM dalam media...nak tgk tempoh masa penguraian yg akan jadi kompos dan kesan ke atas cacing sendiri...
 
Ni nak share dgn kawan kawan semua.... aku buat rak ni modal bawah 500... dah masuk 10 kg cacing... buat kat tempat letak kereta jer.... guna batang pisang dan juga tahi lembu..... lokasi kat parit raja batu pahat.... sesapa berminat leh dtg... tukar2 info. aku pun masih berlajar2 lagi... pernah ikut kursus di bawah AZR agro centre...

sori, tak bahaya ke tak de jaring antara rak....burung tak dtg kacau ke tu....atau makhluk pengorek (tikus) tak de ke?
just taya...mana tahu, guna kaedah baru
 
Buat masa ni Alhamdullilah belum ada lagi makluk perosak.. sekadar hama dan kutu sikit2 tu ada lah tapi dalam keadaan terkawal lagi... saya tutup dgn plastik hitam.... buat awal ni saya tumpukan pada pembiakan dan baja kompos dalam satu masa.. cuma kalau benih dah banyak esok saya akan pisahkan pembiakan dan baja... kerana bila kita menghasilkan baja kompos .. pasti pembiakan akan terjejas kerana masa proses pengambilan baja pasti ada kokun yang akan ikut sekali... aku pun tengah belajar lagi.. sebelum move ketempat yang lebih besar.....
 
golden_user,

main biz yg saya plan ialah phasilan baja kompos..saya cadang nak guna polythene bersaiz 5 kaki x 3 kaki.. ok ka ? polythene akan dibuat pengubahsuian utk sistem saliran bg vermi-tea..mungkin bertingkat 2-3..
 
Back
Top
Log in Register