BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternakan Cacing Kompos

... :)

kat mane nak beli cacing n kat mane nk jual cacing..
berapa harga

Eeeemm..Bro bleh jual cacing kat tempt bro beli cacing..Tempt bro nak beli cacing, cari la sekitar tempt bro tggal..Kalo kat Melaka, bleh melawat2 tmpt sy..Negeri lain pun byk je kat sini..Hrga kena ikut psaran semasa @ kontrak yg dipersetujui... :)
 
sape2 leh gitau harga semasa baja cacing ni (nak sebut nama penuh x tau). Ada contract kata rm2 je. Cam murah je.
 
sape2 leh gitau harga semasa baja cacing ni (nak sebut nama penuh x tau). Ada contract kata rm2 je. Cam murah je.
haraga baja vermicompost yg ditawarkan sekitar rm 80 sen hingga rm 2/sekg. bergantung pd market mana pembeli dapat masuk.
 
salam yup, bertemu kembali kita disini...

nak tanya pada yup atau pada sesapa yg lain.. aku ada buat test keatas beberapa ekor cacing (tak lebih dr 10 ekor) masukkan dlm bekas berasingan pastu mediumnya (tinja+habuk papan) sikit je.. yg selebihnya aku buh kertas recycle yg dicarik2 campur sekali dgn rumput2 kering (sisa dr potong rumput)... pastu aku spray air kasi basah... cacing yg aku masukkan semua kurus2... aku biar seminggu lebih.. tapi setiap 2 hari aku tambah air kalau nampak kering... semlm aku cari balik cacing tu.. semua gemuk2 belaka.... takde satu pun yg kurus... agaknya rumput byk zat kot?
:)
 
Last edited:
klu amik dgn ko, berapa kilo br layak wat aggrement? ko wat projek kat mana?

Saya di Melaka.
Buat masa ni saya tidak mengikat kontrak untuk cacing. Saya cuma membeli semula baja yang dihasilkan oleh penternak yang mengambil induk dari saya.
Untuk jualan cacing, penternak perlu mencari pasaran sendiri.
Setakat ini pasaran saya tertumpu kepada vermicompost, vermicasting & vermitea.

Syarikat saya membekalkan khidmat nasihat, latihan, benih cacing, baja, dan makanan tambahan bagi cacing - Worm Provite
 
Cacing mkn bahan mereput...rumput cepat mereput dan membekalkan bahan makanan segera pada cacing.
Ada penternak yang menggunakan rumput sebagai bahan asas medium.
Seeloknya biar rumput tu mereput sedikit sblm diberi pada cacing.
Kebaikannya rumput cepat mereput, lebih menyimpan air, tak padat, cacing suka.
Keburukannya, baja yang dihasilkan byk benih rumput. Benih rumput susah mati, so bila baja digunakan, byk rumput tumbuh.
Dari segi kualiti baja, saya tak sure. Kena uji.
 
Just to share some thought,

Mengikut pengamatan saya, untuk hasilkan vermicasting (bukan vermicompost), sebahagian cacing perlu menjadi mangsa keadaan.
Cacing perlu makan & makan casting tu berulang kali sehingga dia jadi kurang nutrien pada cacing.
Akhirnya populasi cacing merosot.

Satu ujian saya, cacing asal 1kg, pabila harvest tinggal 800gm.

Mmg tak tambah medium baru. 2 minggu sebelum harvest. cuma siram air & spray EM.

Tp hasilnya mmg top quality. Anak pokok rambutan member yg terbantut, keluarkan tunas baru seminggu selepas menggunakan vermicast saya.

Dan semestinya harga dia lebih tinggi.

Baru smlm dia pesan 4 kilo lg.:)

jika buat mcm ni risiko cacing merayap kluar mcm mana..pasal makanan dlm tu dah habis...aku pon dok buat cara cam ni gak..risau gak kang cacing merayap kluar pasai lapar..:D
 
... :)

jika buat mcm ni risiko cacing merayap kluar mcm mana..pasal makanan dlm tu dah habis...aku pon dok buat cara cam ni gak..risau gak kang cacing merayap kluar pasai lapar..:D

Eeemm..Tu la, bleh jd tu..Nak bt baja pun tak bleh, sebb tak ckp mkn 'dia' kata.. :D
 
jika buat mcm ni risiko cacing merayap kluar mcm mana..pasal makanan dlm tu dah habis...aku pon dok buat cara cam ni gak..risau gak kang cacing merayap kluar pasai lapar..:D

tgk jenis cacing.

Kalu night crawler mmg kuat merayap. Kalau tiger worm & red worm jarang. Normally saya bg makanan tambahan seperti tembikai, kulit buah.
 
Saya di Melaka.
Buat masa ni saya tidak mengikat kontrak untuk cacing. Saya cuma membeli semula baja yang dihasilkan oleh penternak yang mengambil induk dari saya.
Untuk jualan cacing, penternak perlu mencari pasaran sendiri.
Setakat ini pasaran saya tertumpu kepada vermicompost, vermicasting & vermitea.

Syarikat saya membekalkan khidmat nasihat, latihan, benih cacing, baja, dan makanan tambahan bagi cacing - Worm Provite

Melaka kat mana tu? Berapa sekilo beli balik baja tu? Medium pun nak beli dh mahal takkan nak beli murah2 kot.:D
 
Back
Top
Log in Register