BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Terminator' rasmi muzium untuk dirinya

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_05.1.jpg

ARNOLD SCHWARZENEGGER menunjukkan tugu kepada tetamu sewaktu majlis pembukaan muzium mengenai dirinya di Thal, Austria kelmarin.

GRAZ, Austria - Bintang filem Terminator, Arnold Schwarzenegger pulang ke tanah airnya, Austria, untuk merasmikan sebuah muzium sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan kariernya selama ini.

Jet peribadi yang membawa Schwarzenegger, 64, mendarat di lapangan terbang Graz di sini kelmarin. Muzium berkenaan terletak di rumah tempat dia dilahirkan yang telah diubah suai di desa Thal.

Muzium tersebut menyorot liku-liku kehidupan Schwarzenegger sebagai seorang pemuda sasa bertaraf imigran, tetapi gigih mencipta nama di Hollywood, seterusnya dilantik sebagai Gabenor Negeri California.

Muzium tersebut dibuka kepada umum sejak Julai lalu, tetapi perasmiannya hanya dibuat semalam. - AP
 
Ooo br aku tau dia org Austria rupanya
 
Memang aku respek dgn perjalanan karier dia ni..dr merempat, kajang pak malau kajang berlipat, anak rantau ni..then terus sabar menempuhi cabaran segala dunia hiburan, dunia politik, dunia ekonomi.. mencipta nama dgn kukuh..pasti siap timba ilmu memimpin secara adil ....dari hanya cari makan pakai spender sampai boleh pakai sut texedo paling mahal & bermutu

Sumbangan besar terhadap dunia perfileman negara amerika tanpa ada byk gosip liar yg rata-rata paparazi/mamarazi kat sana cukup suka nak serang mana-mana artis pun...

Sumbangan kepada masyarakat di mana dia tinggal tanpa ada fahaman racist terhadap agama, warna kulit or budaya...cuma dia slack sikit pasal ada anak haram tu..itu hal peribadi dia yg kita tak boleh sentuh laa...mcm laa kita bagus sgt dr segi peribadi nak adili/hukum dia...

Tabik pada insan yg berjaya memimpin diri sendiri sampai berjaya..dan berjaya memimpin orang lain pada masa hadapan to do the right & fair thought..Salute & Respect to him!!!
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register