BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Terkilan tak dapat selamatkan mereka'

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pasukan Penyelamat di Air (PPdA) Bomba menyelam di kawasan kejadian bagi menjejaki ketiga-tiga yang hilang.​

BERA - "Tolong pakcik...tolong," Itulah jeritan lima sahabat yang hampir kelemasan didengari seorang penduduk semasa memasang jaring di Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Triang.

Penduduk terbabit, Ahmad Yakob, 66, berkata, dia melihat kumpulan remaja terbabit kelihatan tenggelam timbul dan segera bertindak mengemudi bot ke arah mereka.

Menurutnya, dia berjaya menyelamatkan dua daripada mereka memandangkan mereka kelihatan hanyut lebih jauh, sebelum cuba menyelamatkan tiga yang lain lagi.

Dalam kejadian lewat petang kelmarin itu, ketiga-tiga mayat mangsa lemas berjaya ditemui.

"Selepas selamatkan dua orang remaja, saya berpatah balik untuk selamatkan yang lain tetapi saya hanya nampak kepala salah seorang daripada tiga mangsa lagi yang hampir tenggelam.

"Saya berusaha cari ketiga-tiga mangsa bersama seorang penduduk yang kebetulan berada di lokasi, sehingga saya yakin tidak dapat jumpai mereka, baharulah saya naik ke darat.

"Saya terbayang-bayang sehingga sekarang dan terkilan sebab tidak dapat menyelamatkan yang lain. Dan sebab itu saya meneruskan usaha mencari bersama orang kampung sehingga lewat tengah malam," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, ketiga-tiga mangsa mungkin hanyut di kawasan lubuk sungai yang kedalamannya antara 20 hingga 60 kaki.

Bapa kepada Zul Fandi, Mohd Ali Hamid, 48, berkata, mereka berdua sempat bersarapan roti canai bersama pada pagi sebelum kejadian.

Katanya, pada awalnya dia tidak percaya apabila dimaklumkan anaknya hilang di dalam sungai tetapi apabila melihat motosikal yang ditinggalkan di tepi sungai, dia berasa tidak sedap hati.

"Selepas tengok motosikal itu baru saya teringat pada dia (Amirul Azizi) dan bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan.

"Bila lihat dua rakan yang diselamatkan, saya terus tegur mereka kenapa pergi ke sungai. Saya dah pesan sebelum ini supaya tidak pergi ke sungai," katanya.

Sementara itu, bapa kepada Mohamad Ariff, Saidi Keono, 47, memberitahu, anaknya memaklumkan mahu ke sekolah untuk menyiapkan kerja sekolah.

"Tetapi, dia tidak pernah pergi sendiri sebaliknya ada kenderaan disediakan untuk menghantarnya ke sekolah.

"Kalau dia beritahu mahu ke sekolah naik motosikal, memang saya tidak akan benarkan. Tetapi, dia hanya beritahu ibunya dan berjanji akan balik pada sebelah petang," katanya.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya ada jam 9.30 malam menerusi panggilan telefon oleh rakan anaknya, dan bergegas ke lokasi kejadian.

Rakan mangsa, Rafizam Hanafi Radzaan, 19, berkata, mereka sepakat untuk mandi di sungai selepas salah seorang daripada mereka mempelawa sementara menunggu pemilik studio membuka studionya.

Menurutnya, pada awalnya, mereka turun di sekitar kebun tanaman tebu di kawasan berdekatan tetapi mengubah perancangan kerana terdapat pasir jerlus di situ.

"Jadi, kami ke jeti kerana di sana air cetek. Tetapi hanya kami berlima sahaja yang pergi, sementara lagi seorang tunggu di jeti.

"Masa kami tengah main air, tiba-tiba kaki saya tidak jejak pasir dan jatuh ke dalam sungai. Saya hampir lemas tapi adik saya (Rohaizam Hidayat, 18) cuba menarik tangan saya tetapi turut jatuh kerana pasir jerlus," katanya.

Rafizam Hanafi berkata, rakan yang lain cuba membantu menyelamat mereka tetapi mereka pula terjatuh ke dalam sungai.

Katanya, dalam situasi mencemaskan itu, pakcik Ahmad datang membantu kerana secara kebetulan dia sedang memasang jaring.

"Saya merayu-rayu kepada pakcik itu supaya selamatkan kawan-kawan yang lain. Saya hanya nampak buih-buih di tempat kawan saya jatuh.

"Saya terkilan sebab tidak dapat selamatkan mereka," katanya.

Rafizam Hanafi dan adiknya kini dalam keadaan trauma dengan apa yang berlaku dan menerima kaunseling daripada kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Komander Operasi, Mohd Arshad Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang, dan dipercayai kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang.

Menurutnya, usaha menyelamat dilakukan sehingga jam 7 malam berikutan hujan dan keadaan gelap.

"Bagaimanapun, operasi mencari diteruskan jam 7 pagi tadi (semalam) dengan kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Bomba dan orang awam," katanya.

Mangsa pertama ditemui pasukan penyelamat jam 3.15 petang, Amirul Azizi Mahizan, 19, terapung di permukaan pada radius 300 meter dari lokasi kejadian.

Mangsa kedua, Mohamad Nur Ariff ditemui jam 5.15 petang pada jarak 250 meter dari lokasi mangsa jatuh.

Manakala mangsa ketiga, Zul Fandi ditemui pada jam 7.15 petang.
 
takziah...mandi dlam sungai yg ade pasir jerlus mmg bahaya
 
Back
Top
Log in Register