BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

terkena virus KENCING TIKUS...

BlackPepper

Active+ Member
Messages
4,906
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
KUALA LUMPUR: Dua anggota penyelamat yang terbabit dalam operasi mencari mangsa lemas di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran, Pahang bulan lalu, mungkin menjadi kes terbaru jangkitan melioidiosis dan leptospirosis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, mereka yang terdiri daripada penyelamat awam dan sukarelawan operasi berkenaan dimasukkan ke Hospital Selayang di sini dan berada dalam keadaan stabil.


Beliau berkata, sehingga hari ini, jumlah mereka yang masih berada di hospital ialah enam orang termasuk satu kes di unit rawatan rapi dan dua lagi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


“Ujian makmal ke atas sampel air mengesahkan kehadiran bakteria leptospira.


Sementara itu, aktiviti saringan yang dijalankan di kawasan kampung berdekatan tempat kejadian mengesan enam penduduk kampung yang demam dan semua mereka dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Bagaimanapun, Dr Mohd Ismail berkata semua penduduk kampung itu berada dalam keadaan stabil dan memandangkan mereka tidak terbabit dalam operasi menyelamat mangsa lemas secara langsung, risiko jangkitan wabak adalah rendah.


“Kementerian ingin menegaskan jangkitan leptospirosis dan meliodosis tidak boleh menular daripada seorang ke seorang. Oleh itu masyarakat tidak perlu panik kerana ia tidak boleh tersebar di dalam komuniti,” katanya.


Beliau berkata, jangkitan wabak berkenaan hanya terjadi apabila seseorang terdedah kepada air atau tanah yang tercemar oleh bakteria leptospira.


“Oleh itu, mereka yang menghadapi luka di kulit disaran tidak mendedahkan diri kepada air yang dikhuatiri tercemar dengan najis tikus seperti sungai di taman rekreasi,” katanya.


Orang ramai diminta menjaga kebersihan tempat berkenaan dan persekitaran rumah mereka supaya tidak menarik perhatian tikus yang boleh mencemari air dan tanah sehingga mendatangkan risiko jangkitan.


Setakat ini, wabak itu meragut nyawa enam daripada 110 penyelamat yang terbabit dalam operasi itu. - Bernama
 
Last edited:
ramai yg xtau bahaya kencing tikus ni...


sape penah kena je baru tau betapa seksa...rasa cam total loss..

berhati2 ngan tikus...
 
tikus makhluk perosak.agak2 kat india yg bela bnyak tikus tu bnyak jugak wabak ni ya?
 
urm..semalam ader orang dtg claim insurance bagi pihak famili dia yang turut maut dalam kejadian nih..mengikut kata dia,masa kerja2 menyelamat tu mangsa xmasuk pun dalam air..pun berada jauh dari tempat kejadian.tapi macam mana boleh berjangkit erk?
 
maknanya tikus2 yg berkeliran berhampiran kedai2 makan tu bahaya la...tikus kat sni besar sapai kucg pn xberani nak makan...
 
ada penawar ker?? virus kencing kucing leh lawan kot??
 
kat atas rumah aku byk gile tikus..
takut aku ishh..
 
maknanya tikus2 yg berkeliran berhampiran kedai2 makan tu bahaya la...tikus kat sni besar sapai kucg pn xberani nak makan...

patutla kucing skang dah tak mkn tikus... dah tau penyakit ni :))
 
Back
Top
Log in Register