BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Terkejut Temui Benda Asing Dalam Nvidia RTX 3090

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Seorang pengguna komputer di negara Belanda bernama Antony ter Horst baru-baru ini telah berkongsikan penemuan benda asing yang pelik di dalam komputer miliknya. Penemuan benda asing itu berlaku selepas dia mendapati suhu pada kad grafik komputer yang digunakannya iaitu Nvidia RTX 3090 sering meningkat tinggi mencecah sehingga 110 darjah selsius hanya selepas seminit dua komputer tersebut dihidupkan.

Ekoran itu, dia bertindak membuka kad grafik tersebut bagi menggantikan pad termal kad grafik tersebut yang disangkanya sebagai punca kepada peningkatan suhu tersebut. Tetapi sebaik membuka kad grafik tersebut, Antony amat terkejut kerana mendapati terdapat sarung berupa kondom melekat pada papan litar kad grafik tersebut.

Namun begitu, selepas diselidiki sarung tersebut dia mengsyaki bahawa sarung seakan kondom itu sebenarnya adalah sarung jari (finger cot) yang digunakan oleh pekerja kilang yang memasang kad grafik tersebut. Mungkin secara tidak sengaja sarung jari itu tertanggal dan melekat pada unit kad grafik yang dibelinya sejak dari proses pemasangan produk di kilang lagi.

Selepas mengeluarkan sarung jari itu, kad grafiknya kembali berfungsi pada suhu sekitar 86 darjah selsius sahaja. Kad grafik Nvidia RTX 3090 telah pun dilancarkan pada September tahun lalu. Harga jualan kad grafik ini adalah berharga dari RM7,208.00. Menurut Nvidia, RTX 3090 adalah 10%-15% lebih pantas berbanding RTX 3080 dari aspek permainan 4K.​

1629893989128.png

1629893994675.png
 
Hmm laju
Elok ni buat masuk lombong...
 
susah gak bro. byk game dah perlu hardware yg specs tinggi. harap gpu masa depan murah2 la mcm henfon skrg.
barang tech akan jdi murah mengikut peredaran, itu memang trend.

yg untung adalah mereka yang tak kejar sgt tech, cukup utk keperluan, hasilnya adalah jauh lebih memberangsangkan.
 
Back
Top
Log in Register