imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang di perumahan Bandar Springhill, Lukut, apabila mangsa, S Sathiamurthi, 24, sedang menonton filem Tamil di ruang tamu bersama ayah dan adik berusia 10 tahun.
“Tadi (kelmarin) memang hujan lebat dan ribut kuat. Tiba-tiba kami dengar bunyi kuat seperti ada sesuatu jatuh atas bumbung dan serta-merta bekalan elektrik terputus.
“Kami semua keluar dan terkejut apabila melihat sebatang pokok yang besar menghempap sebahagian rumah. Pokok berkenaan betul-betul tumbang di bahagian bilik depan rumah,” katanya.
Sathiamurthi berkata, walaupun masih terkejut dengan kejadian itu, dia lega kerana tiada ahli keluarganya yang cedera.
“Saya menyewa sejak dua tahun lalu dan tinggal bertiga bersama ayah dan adik.
“Pokok berkenaan memang besar dan tumbuh di kawasan luar pagar rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Tindakan Khas Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Jamalarus Aziz berkata, tujuh kakitangan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan telefon dari mangsa.
Menurutnya, kerja-kerja mengalihkan pokok itu turut dibantu lima anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Port Dickson.
“Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok yang ditanam pemaju perumahan itu mengambil masa hampir tiga jam.
“Pokok berkenaan adalah dari jenis khaya atau nama saintifiknya Khaya Senigalisis. Pokok ini didapati tumbang adalah dipercayai struktur tanah tidak kukuh,” katanya.
Dalam kejadian itu, hampir 20 rumah turut terjejas dengan bekalan elektrik. Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut tiba di lokasi untuk kerja-kerja menyelamat memandangkan wayar elektrik yang bersambung ke rumah setiap kediaman turut terputus.
Sumber: Sinar Harian
