BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkejut Dua Biji Tomato RM9

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836

Terkejut dua biji tomato RM9​

13 Februari 2023 06:21pm

2091724.jpeg


Rayaan Naufal memuat naik hantaran di Facebooknya dan mendapat pelbagai maklum balas dari netizen.


MELAKA - Seorang lelaki terkejut apabila perlu membayar RM9 untuk harga dua biji tomato seberat kira-kira 200 gram yang dibeli dari sebuah kedai runcit kampung di Bukit Pulau, di sini pada Isnin.

Rayaan Naufal Osman, 30, berkata, dia singgah di kedai itu kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk membeli cili kering dan tomato.

“Sebaik sampai di kedai runcit kampung itu saya mencari cili kering namun ia sudah habis dan terus mencapai dua biji tomato bersaiz kecil sebelum memberikannya kepada peniaga untuk ditimbang.

"Peniaga itu kemudian beritahu harganya RM9 membuatkan saya bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama dan saya terus membayarnya walaupun agak terkejut," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, sebelum pulang ke rumah dia singgah ke sebuah kedai runcit di Bukit Baru untuk membeli cili kering dan dalam masa sama meminta tolong peniaga itu menimbang tomato yang dibelinya.

"Saya rasa agak mahal bila dua biji tomato berharga RM9. Selepas timbang, peniaga memberitahu harga dua biji tomato dengan berat sekitar 200 gram hanya berharga RM2.50.

"Peniaga itu terus menjelaskan harga sekilogram tomato pada ketika ini adalah RM11," katanya.

Ujarnya, merasakan harga tersebut tidak masuk akal, dia kemudian bertindak berkongsi kejadian itu di Facebooknya dan mendapat pelbagai reaksi netizen.


 

Peniaga akui tersilap kira harga tomato​

14 Februari 2023 04:37pm

2092854.jpeg


(Laporan Sinar Harian.) Pegawai penguat kuasa KPDNK membuat pemeriksaan di kedai runcit yang di Bukit Pulau.


MELAKA - Pemilik kedai runcit yang tular didakwa menjual tomato dengan harga mahal mengakui membuat kesilapan ketika pengiraan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, pegawai Penguat kuasa telah pergi ke premis itu dan membuat pemeriksaan bagi memastikan kesahihan berita tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tanda harga ada dipamerkan pada sayur tersebut iaitu sekilogram RM10.

"Bertanyakan berkaitan isu harga tomato tersebut, pemilik premis menyatakan berlaku kesilapan semasa pengiraan.

"Bagaimanapun baki wang tersebut telah dipulangkan semula kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Jelas beliau, pemeriksaan menyeluruh juga telah dibuat dan satu tindakan kompaun telah diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 berkaitan tanda harga.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki terkejut apabila perlu membayar RM9 untuk harga dua biji tomato seberat kira-kira 200 gram yang dibeli dari sebuah kedai runcit kampung di Bukit Pulau.

Rayaan Naufal Osman, 30, berkata, dia singgah di kedai itu kira-kira jam 1.30 tengah hari untuk membeli cili kering dan tomato.

Peniaga itu kemudian memberitahu harganya RM9 membuatkan dia bertanya dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama dan terus membayarnya.


 
Back
Top
Log in Register