TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
KUALA LUMPUR – Hasrat untuk berbuka puasa dengan menikmati sup kambing terbantut apabila seorang pembeli mendapati sup kambing berkenaan mengandungi hidung kambing.
Menurut Facebook Anak-Anak Darulaman, pembeli dipercayai membeli sup berkenaan di bazar ramadan untuk santapan berbuka puasa semalam dan terkejut apabila mendapati terdapat hidung kambing dalam juadan tersebut.
Bagaimanapun, lokasi sebenar bazar ramadan berkenaan tidak pula didedahkan.
“Maqah kawan kita ni beli sup kambin dapat free idung kambin kiki.. Tah2 gigi pun ada.. Loklaq aih nk menega pun..,” tulis pemilik Facebook berkenaan.
Pelbagai reaksi dirakamkan netizen sebaik mengetahui perkara itu.
Bagi pengguna Facebook bernama Marlia Idayu Kamarul, beliau pastinya terkejut jika berada dalam situasi berkenaan.
“Klau aku mau tekejut lalu tebalik meja mkan tu..nasib die x senyum kambing..,” komen beliau di entri terbabit.
Malah Qina Akashah Qina turut berkata hidung kambing mungkin bahan baru dalam mendapatkan awet muda.
“Sup domoi (hidung) kambin depa kata utk awet muda,” katanya.
Situasi itu turut mendapat kecaman netizen.
“Pengotorlah orang yang memasak sup kmbing tu,kita memasak ni biarlah dengan hati ikhlas seperti kita nak makan untuk diri sendiri.
“Kebersihan perlu diutamakn. Islam mnggalakan kebersihan. Kebersihan mncerminknkn keimanan kita,” komen Ja Suria di Facebook.
Bagaimanapun menurut telahan penulis, mungkin peniaga tidak sengaja memasukkan hidung berkenaan dalam sup kambing berkenaan.
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/06/13/sup-hidung-kambing/