honda_primo
Banned
- Messages
- 5,761
- Joined
- Nov 10, 2007
- Messages
- 5,761
- Reaction score
- 25
- Points
- 75
PANTAI REMIS: Kedegilan seorang lelaki yang tidak menghiraukan pujukan penduduk kampung supaya naik ke darat selepas terjun ke sungai membawa padah apabila dia lemas dan hanyut dibawa arus sebelum mayatnya ditemui petang semalam.
Petang kelmarin, mangsa bersama rakannya dikejar penduduk kampung selepas disyaki mencuri menyebabkan mangsa terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan diri, namun mangsa lemas di sungai manakala rakannya melarikan diri. Mayat mangsa ditemui sepasukan anggota mencari dan menyelamat jam 6.30 petang semalam selepas dilihat terapung di bawah jambatan Kampung Tanjung Ara kira-kira 80 meter dari tempatnya dipercayai lemas petang kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin di Sungai Beruas, Kampung Tanjung Ara itu, seorang lelaki berusia 20-an dari Batu Hampar di sini, dikhuatiri lemas selepas terjun ke sungai bagi menyelamatkan diri sebaik dikejar penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman, berkata ketika kejadian, mangsa dan rakannya melarikan diri selepas aktiviti mencuri mereka dikesan penduduk kampung. Beliau berkata, sejurus menerima maklumat, pihaknya bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis bergegas ke tempat kejadian petang kelmarin bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat, namun gagal menemui mangsa sebelum meneruskan pencarian semalam. Mayat mangsa ditemui terapung di bawah jambatan Kampung Tanjung Ara, petang semalam.