BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima lima menantu serentak

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
1210rs16_cropped_1512897653.jpg


LIMA beradik mencipta sejarah tersendiri apabila bersanding serentak dengan pasangan masing-masing di rumah ibu bapa mereka di Kampung Behor Mentaloon, Arau, hari ini.

Bapa pengantin, Tayib Zakaria, 55, dan isteri Siti Aishah Shafie, 48, berkata, majlis persandingan serentak kelima-lima anak mereka itu atas ketentuan takdir meskipun tidak dirancang pada awalnya.

"Pada awalnya rancangan kenduri kahwin ini khas untuk ketiga anak lelaki saya dan kami memang sudah merancangnya sejak pertengahan tahun lalu.

"Namun, takdir Allah melebihi segala-galanya apabila dua anak perempuan saya dipinang oleh keluarga pasangan masing-masing dalam tempoh kami membuat persediaan.

"Selepas berbincang antara keluarga, kami sepakat untuk menyatukan mereka pada tarikh sama dan lebih memudahkan meskipun terpaksa berbelanja lebih," kata bapa kepada tujuh orang anak itu ketika ditemui hari ini.

Anak mereka, Mohd Izwan Haris, 28, mengahwini Farah Adiba Pisol, 25; manakala Mohd Najhan Hafiq, 26, dengan pasangannya, Huziana Yap Nget Toh, 22; dan Mohd Fakhrul Iqram, 23, dengan Siti Nurasmiza Sabri, 21.

Sementara itu, dua anak perempuan Tayib, Nur Aqila, 21, mengahwini Mohd Rais Romli, 22, dan Nur Anita Dalilah,19, diijabkabulkan dengan Mohd Firdaus Harta, 23.

Menurut Tayib, lebih 10,000 tetamu dijemput terdiri daripada sanak saudara dan jiran tetangga serta keluarga besannya dengan tiga kerbau, dua lembu dan 200 ekor ayam disediakan untuk lauk kenduri.

Katanya, dia bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar meskipun rumah mereka dihadiri tetamu tidak henti-henti dari jam 12 tengah hari tadi.

"Saya bersyukur sangat menerima lima menantu serentak pada hari ini, dan sebagai bapa tiada apa yang dapat saya gambarkan selain doa untuk kebahagiaan mereka," katanya.

Sementara itu, anak sulung Tayib, Mohd Izwan Haris berkata, perasaan yang ada dalam dirinya tidak dapat digambarkan apabila bersanding bersama adik-adiknya yang lain.

"Sejujurnya memang saya gembira, kami lima beradik dapat bersatu dengan pasangan masing-masing meskipun perancangannya pada saat-saat akhir.

"Kami sepakat berkongsi duit antara adik beradik dan turut dibantu ayah untuk majlis ini dan bersyukur segalanya mengikut seperti yang dirancangkan.

"Secara tidak langsung ini adalah hadiah untuk ibu dan ayah kerana berpenat lelah membesarkan kami tujuh beradik sejak dari kecil," katanya yang bekerja sendiri.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/292657/terima-lima-menantu-serentak
 
Alhamdulillah... Tahniah... Semoga kekal bahagia sampai akhir hayat.
 
dapat cucu kembar serentak bulan september tahun depan
dapat 10 cucu
 
Meriah ni 10k orang serbu. Abam paling kiri segak pakai baju melayu :)
 
semoga dapat anak cucu yg ramai...
 
Back
Top
Log in Register