BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima kasih kerajaan pusat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Hanifa Ahmad​

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman projek pembangunan Kelantan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), walaupun dianggap agak terlewat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sebenarnya ketiga-tiga projek yang diumumkan, dituntut kerajaan negeri sejak sekian lama.

Menurutnya, kali ini tiga projek itu ialah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai dan tebatan banjir akhirnya telah mendapat perhatian sewajarnya.

"Kita sudah lama mohon projek tersebut sejak RMK-8, RMK-9 dan RMK-10 lagi. Tuntutan ini demi kesejahteraan rakyat Kelantan dan turut berharap kerajaan pusat buat semua ini demi rakyat.

"Tebatan banjir antara yang kita mohon bagi menyelamatkan harta benda rakyat dan dalam masa sama, kerajaan juga boleh menjimatkan perbelanjaan dengan tidak membaik pulih benda sama setiap tahun," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, RMK-11 juga memperlihatkan kerajaan pusat lebih serius dan memberi keutamaan kepada penambahbaikan LTSIP memandangkan lapangan terbang itu mengendalikan kira-kira 44 penerbangan sehari.

Katanya, bantuan kerajaan pusat amat diperlukan bagi merealisasikan ketiga-ketiga projek tersebut kerana ia menelan belanja berbilion ringgit.

Dalam pada itu, Hanifa turut menyifatkan kerajaan negeri tidak pernah anggap kerajaan pusat zalim tetapi setiap setiap tuntutan dilakukan sebelum ini untuk kepentingan rakyat.
 
terbaik..tegur menegur,sokong menyokong untuk rakyat juga..
 
semoga berjaya.

yang penting satu lagi lebuhraya LPT.....
 
Back
Top
Log in Register