BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terima Kasih Inspektor Sinniah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
26.04.2020 - Kuala Lumpur, "Pada mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut," kata Inspektor Sinniah Rajoo, 31, yang membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pegawai Tatatertib Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Ampang.

"Saya kemudian melihat seorang lelaki Russia membawa bayi dalam keadaan tidak bergerak, ketika itu saya tidak perasan ada wanita di belakangnya.

"Selepas menahan lelaki terbabit, saya terkejut melihat bayi yang dipangkunya tidak dibalut manakala pasangan itu dalam keadaan kurus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sinniah berkata, dia bersama seorang lagi anggota membantu kedua-dua warga Russia berkenaan dan turut menukar lampin pakai buang bayi terbabit.

"Keadaan bayi itu sangat menyedihkan, tali pusatnya masih berdarah. Kami membantu membersihkan bayi berkenaan.

"Saya juga bertanya mereka mengenai kelahiran bayi itu. Lelaki berkenaan berkata dia sendiri yang menyambut kelahiran di sebuah hotel," katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 30-an adalah pelancong.

"Mereka mendakwa sudah kehabisan wang. Atas dasar kemanusiaan saya dan anggota menghulurkan bantuan.

"Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tun Razak sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.

Screenshot-1235.jpg
Screenshot-1236.jpg

Screenshot-1234.jpg
Screenshot-1233.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/571558/terima-kasih-inspektor-sinniah
 
Back
Top
Log in Register