BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tergamam kena serbu di Mid Valley

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA - Empat pekerja spa dan kiosk menjual WiFi di gedung beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur tergamam apabila perbuatan haram tauke mereka menyimpan 50 dekoder tidak sah bernilai RM42,500 dapat dihidu sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam.

Lelaki-lelaki berusia dalam lingkungan 20-an tersebut sempat membuat helah dengan mengatakan mereka tidak mengetahui apa yang disimpan dan hanya ditugaskan untuk melayan pelanggan.

Bagaimanapun, Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Othman Nawang berkata, pihaknya yang menggeledah kedua-dua premis itu pada pukul 1 petang kemudian menemui kesemua dekorder tersebut.

Katanya, dekorder jenama Tvpad bernilai RM80 setiap satu itu dijual dengan harga RM850 atau 10 kali ganda sekali gus mengaut keuntungan melampau.

Dekorder itu berfungsi untuk mengeluarkan semula filem-filem yang telah dicetak rompak di mana pengguna tidak perlu membuat bayaran bulanan.

“Kiosk WiFi di tingkat bawah itu digunakan untuk menjual dekoder tersebut manakala spa di aras lima berperanan sebagai stor. Kemungkinan besar sindiket membawa masuk dekorder itu dengan mengisytiharkannya sebagai barangan kecantikan.

“Dekorder itu akan disambungkan kepada internet berkelajuan tinggi sehingga dapat mengakses berpuluh filem berdefinisi tinggi (HD) Barat dan China terkini yang telah dirakam terlebih dahulu oleh sindiket," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Antara filem Barat yang menjadi mangsa cetak rompak menggunakan teknologi itu termasuk Planet Of The Apes, Lucy, Hercules, Ninja Turtles dan drama-drama keluaran TVB.

Kesemua pekerja itu telah dibebaskan selepas keterangan mereka diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Hakcipta yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM40,000 bagi setiap unit atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan- Bernama
 
kalau staff xtahu, maknanya informer tu kawan2 yg sama aktiviti dgn dia. senang je puak dia nak sabotaj geng dia. sape kata melayu je ada dengki?
 
kalau staff xtahu, maknanya informer tu kawan2 yg sama aktiviti dgn dia. senang je puak dia nak sabotaj geng dia. sape kata melayu je ada dengki?

diorg tikam belakang lagi teruk wo...teduduk terus..kdg smpai bunuh diri
 
lor dibebaskan? apasal x kasik denda rm40K? #:-S
 
tauke rasa cina. yg kerja ni mesti melayu
 
sapa ada jual TVpad tu kat sini?

jual la kat aku sama, aku pun nak beli :D
 
Back
Top
Log in Register