BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terbuka Mesir 2025: Sivasangari mara ke suku akhir

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
3274800.webp

Sivasangari - Gambar fail Bernama

PEMAIN skuasy wanita utama negara, S Sivasangari menempah tempat ke suku akhir Terbuka Mesir 2025 selepas menewaskan wakil England, Jasmine Hutton, hari ini.

Pemain nombor lapan dunia itu menundukkan pilihan ke-16 kejohanan 3-1 (12-10, 7-11, 11-9, 11-5), dalam masa 47 minit pada aksi pusingan 16 terbaik, yang berlangsung di Giza, Mesir.

Sivasangari akan berdepan atlet tuan rumah sama ada Amina Orfi atau Farida Mohamed dalam aksi suku akhir pada Rabu ini (17 Sept), menurut laman sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA).

Untuk rekod, Sivasangari kini satu-satunya wakil Malaysia yang masih bertahan di kejohanan itu selepas Rachel Arnold, Aira Azman dan pemain lelaki utama negara, Ng Eain Yow, tersingkir di pusingan kedua. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register