BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terbalik dalam rumah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


SEREMBAN: “Jantung saya bagaikan terhenti apabila terdengar dentuman kuat sebelum rumah bergegar,” kata Ahmad Yusof, 48, yang rumahnya di Taman Tiroi, Labu, di sini, dilanggar sebuah kereta, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, Ahmad dan anak perempuannya, Khairul Baiyinah, 11, terselamat.


Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan merempuh rumah Ahmad.

Pemandu berkenaan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.


Menurut Ahmad, ketika kejadian dia dan anak bongsunya sedang menunaikan solat Isyak berjemaah dalam sebuah bilik apabila dikejutkan dengan dentuman kuat.


“Rumah bergegar kuat dan pada masa itu saya hanya fikirkan keselamatan diri dan anak. Saya segera menjenguk keluar untuk memeriksa apa yang berlaku.

“Saya terkejut melihat sebuah Toyota Camry putih di ruang tamu rumah dengan empat tayar ke atas,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin. Ahmad berkata, beberapa penduduk yang menyedari kejadian segera ke rumahnya untuk membantu.


Menurutnya, pemandu kereta yang cedera dan tidak sedarkan diri dikeluarkan orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Saya turut menghubungi pasukan bomba dan penyelamat kerana khuatir berlaku tumpahan minyak apabila kereta itu terbalik,” katanya.


Menurutnya, dua motosikal dan empat basikal yang diletakkan di depan rumah rosak teruk akibat rempuhan itu.


“Walaupun rumah saya rosak, saya bersyukur kerana saya dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kemalangan


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Terbalikdalamrumah/Article
 
adusss..

umur panjang lagi..ada lg rezeki Allah utk tuan rumah kat dunia ni..
 
aiyakkk bahaya ada dimana2..syukurlah tuan rumah selamat.
 
kat kg aku ni..jalan tu mmg berselekoh. kalau merempit mmg boleh terbabas la
 
pehhh gila babassssss,,,,,,,,,,,,,,

nasib tuan rumah xde terjadi ape2,,,,,,,,,,
 
penyokong kuat umgok n BN nih.... sampai dlm umh ltk bendera!
 
Mesti pandu laju ni dan hilang kawalan. Mujur tuan rumah selamat
 
pesal byk kes kemalangan sume rempuh rumah org..
 
Back
Top
Log in Register