BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terbabas Sebab Terkejut

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
26.05.2019 - Langkawi. Tertekan pedal minyak selepas terkejut kucing melintas, sebuah kereta dipandu seorang wanita merempuh pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini.

Dalam kejadian 8.40 pagi itu, pemandu berusia 45 tahun itu dikatakan dalam perjalanan menyusuri jalan bersebelahan LTAL menghala ke arah Kampung Padang Wahid, Mukim Kedawang.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sejurus tiba di tempat kejadian pemandu kereta dipercayai cuba membrek untuk mengelak kucing melintas tetapi tersalah menekan pedal minyak.

“Berikutan itu, kereta terbabit gagal dikawal sebelum merempuh tiang dan pagar milik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Akibat kejadian itu, tayar belakang dan hadapan sebelah kanan kereta terperosok ke dalam longkang, selain bampar’ hadapan kereta terbabit turut pecah,” katanya ketika dihubungi di sini.

Bagaimanapun, Mohd Iqbal berkata, pemandu kereta terbabit yang juga penduduk tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pemandu kereta yang bekerja sendiri didapati memiliki lesen memandu yang sah.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

0065071177.jpg


9747580957.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/490089/beras-berterabur-di-jalan-raya
 
Tak abis2 driver pompuan tetekan pedal minyak,camne nak buat ek?
 
Aku rasa kebanyakan driver wanita guna konsep kaki kanan kat pedal minyak dan kaki kiri kat pedal brake.. Mungkin salah satu punca kemalangan kot..
 
xpayah kasi bawak auto la...minyak dgn brek pun asik btukar je
 
kes selipar or kasut ni. tapak tebal or tinggi.
 
Perempuan memang bahaya bawak kereta...belok kiri tak pasang signal banyak kali,ikut hati bumper dia aku sodok kemek jangan marah lak nanti...

Jgn la asyik nak pikir aku lak yg jatuh...
 
Perempuan memang bahaya bawak kereta...belok kiri tak pasang signal banyak kali,ikut hati bumper dia aku sodok kemek jangan marah lak nanti...

Jgn la asyik nak pikir aku lak yg jatuh...
Kalau nampak driver pompuan, janganla hampir hehe
 
Jauhi driver pompuan dgn jarak yg selamat.
 
Back
Top
Log in Register